Showing posts with label Roti Jala. Show all posts
Showing posts with label Roti Jala. Show all posts
Cooking With Love - Puasa ke 16 | Sekejap je dah 2 minggu berpuasa kan. Tahun ni dugaan sikit time puasa. Ddy dorang kena kursus balik. So kawan bersahur dan berbuka takde la. Bila geng makan takde, agak blur juga la apa nak dimasak. Sebab tukang makan takde kan. Nak harapkan kita ni, makan ala kadar je pun.
Untuk menu berpuasa harini, sebenarnya niat untuk makan berbuka nak buat cucur udang je. Buat rangup rangup. Tapi tak kesampaian. Pakcik yang jual ikan tak datang pula. So pikir punya pikir, kita buat roti jala je la. Sebab memang teringin pun.
Ikutkan nak makan roti jala tu dengan kuah kari daging. Tapi stok daging takde dekat rumah. So jadinya kari ayam je la. Potong ayam kecik kecik macam mak selalu buat. Rasa best sikit bila makan tu.
Sebenarnya makan tak la semegah mana. Janji ada benda nak makan kan. Next tak tahu apa nak masak. Dengan bahan dah terhad. Hehe..
Saya ni senang je. Kadang dalam kem ni ada je yang cod jualan. Tak kisah la yang frozen ke apa. Kalau yang frozen, harga ok, rasa okay, beli lebih terus. Senang. Biasanya kalau beli pun samosa frozen. Sebab dah tahu rasa dia memang sedap.
Okay la, untuk harini saya share sekali la resepi untuk menu ni ye.
Bahan bancuhan tepung roti jala :-
- tepung (agak-agak la ye nak banyak mana)
- sedikit santan
- sedikit garam
- sedikit kunyit
- sedikit planta
- sedikit air untuk membancuh (jangan terlalu pekat / cair)
- sebiji telur
Dah selesai bancuh tu, nanti boleh blend la ye. nak bagi tepung tu supaya tak berketul-ketul. Kalau berketul karang, susah pula tepung tu nak keluar kat acuan yang berlubang tu. Senang je kan.
Untuk resepi kuah kari :
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- kayu manis
- bunga cengkih
- buah pelaga
- bunga lawang
- daun kari (kalau ada la)
Ditumiskan terlebih dahulu sehingga naik bau atau sedikit garing.
- rempah kari
Masukkan rempah kari then kacau rata. Nak bancuh siap dengan air boleh. Atau air masuk kemudian pun boleh. Saya masukkan air kemudian.
- masukkan air. Agak agak bersesuaian untuk dijadikan kuah ye.
- ayam
- ubi kentang
Dan masukkan air, bolehlah masukkan ayam dan kentang. Biarkan dia mendidih sekejap.
- santan
Agak agak je letak santan tu. Tak perlu terlalu banyak.
- garam
Jangan lupa perasakan dengan garam. Kan senang je.
Assalamualaikum.. Morning!..
Resepi Roti Jala Sedap! | Pagi ni berkeRAJINan nak menjala. Ingat semalam petang nak buat. Tapi rasa macam lemau pula badan ni. So pagi ni gigih la buat. Alaaaa, buat tak banyak mana pun. Dapatlah dalam 7-8 keping macam tu. Ddy zara pun dah pergi kerja. So buat sikit je tuk breakfast pagi ni 2 beranak.
Resepi Roti Jala Sedap! | Pagi ni berkeRAJINan nak menjala. Ingat semalam petang nak buat. Tapi rasa macam lemau pula badan ni. So pagi ni gigih la buat. Alaaaa, buat tak banyak mana pun. Dapatlah dalam 7-8 keping macam tu. Ddy zara pun dah pergi kerja. So buat sikit je tuk breakfast pagi ni 2 beranak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons