Showing posts with label Mingguan Wanita. Show all posts
Showing posts with label Mingguan Wanita. Show all posts
1. Jam Tangan
-
Bagi kebanyakan lelaki, jam tangan yang tersarung kemas di pergelangan tangan adalah
sesuatu yang sangat penting. Selain berperanan melihat masa, seutas jam tangan
mampu menjadi kayu ukur ketebalan poket lelaki itu.
Ada
sesetengah lelaki yang mementingkan harga jam tangan. Makin mahal, makin
bergaya dan makin mudah untuk si gadis jatuh cinta.
2. Cincin
-
Pemakaian cincin sudah menjadi trend dalam kalangan lelaki. Bagi yang bekerjaya
juga tidak berkecuali. Bagaimanapun ingatan buat lelaki islam, walaupun
pemakaian cincin adalah salah 1 sunnah Rasulullah s.a.w, namun pemakaiannya
hanya pada jari manis dan kelingking serta bukan daripada saduran EMAS.
3.Kaca Mata Gelap
-
Kaca mata gelap membuatkan lelaki tampil lebih ‘cool’ dan sangat bergaya
apabila berada di bawah terik matahari. Bukan sahaja berfungis sebagai
pelindung mata, kaca mata gelap juga antara aksesori lelaki yang menampilkan
karisma seseorang.
Sekiranya
mahu memiliki kaca mata gelap, pastikan anda membeli yang sepadan dengan bentuk
wajah anda sama ada bulat, bujur, bersegi & sebagainya.
4. Kafling
-
Pemakaian aksesori ini tidak meluas dan selalunya lelaki yang mengenakannya
adalah yang berstatus eksekutif. Kafling melambangkan seseorang yang Berjaya dalam
kerjayanya. Ia biasanya digayakan bersama kemeja jenis French Cuff.
5. Topi
-
Seperti juga kaca mata gelap, topi bukan sekadar pelengkap gaya tetapi berguna
untuk melindungi wajah daripada cuaca panas. Jika dilihat, fesyen hari ini
menampilkan pelbagai jenis topi yang sesuai digayakan oleh golongan lelaki.
6. Tali Pinggang
-
Pemakaian tali pinggang antara pelengkap gaya yang sememangnya sudah sebati
dengan lelaki. Penggunaan tali pinggang bukan sekadar hanya untuk mengetatkan
seluar yang longgar tetapi turut bertindak sebagai item fesyen.
7. Tali Leher
-
Aksesori jenis ini adalah pelengkap gaya lelaki untuk ke pejabat. Biasanya tali
leher digayakan dengan kemeja sama ada dalam rona warna sedondon atau berbeza.
gambar : google
sumber info : mingguan wanita
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons