:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Khamis, 3 Ogos 2017

Nasi Ayam Simple & Sedap

Nasi Ayam Simple & Sedap


Assalamualaikum.. Hai Readers!
Ni cerita semalam. Teringin sangat sebenarnya nak buat nasi ayam sendiri. Selalu nak makan nasi ayam je mesti tunggu balik ipoh mak masak. Sebabnya takut nak buat sendiri. Kut tak menjadi ke apa. Ehehe.. Belum try dah takut kan. 


Okay la, nak jadi cerita hari selasa pergi TF beli barang dapur. Pastu yakinkan diri boleh je buat. Tak susah pun. So pagi semalam call mak tanya macam mana nak buat nasinya. Hat ayam gorengnya, sup semua tahu dah. So harini saya nak share kat blog la kut kut nanti terlupa ke,kan..
Tak pun boleh kawan kawan lain try. 

Nasi :
Masak nasi seperti biasa. 
Dalam masa yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah & halia. Tumis dalam kuali lain ye. 
Saya tumiskan 3 bahan tu menggunakan planta. 
Lepas tu masukkan kiub pati ayam ye. Anggaran kiub tu bergantung pada banyak mana nasi dimasak. 
Dah naik bau, masukkan ke dalam periuk nasi tadi. 

Settle hal nasi. 😉👌



Ayam :
Ayam ni saya perap awal pagi. Sebab nak biar rasa tu sedap sampai ke dalam kononnya. Hehe 
Bahan untuk perapan, bawang putih, halia, ditumbuk ye. Tidak begitu halus, tidak begitu kasar. 
Masukkan sedikit garam pada ayam. Kicap & sos tiram. 
Gaul Rata. 

Settle hal ayam 😉👌

Sup Ayam :
Saya buat sup yang simple je.
Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia. Bila garing dan naik bau, masukkan air. Kemudian ayam. Ayam bubuh sikit je sebagai rencah. 
Masukkan juga sedikit kiub pati ayam ye. Beserta garam. 

Settle hal sup ayam 😉👌

Kuah Cili :
Saya buat kuah cili simple sangat 😅
Tumbukkan bawang putih & cili api.
Masukkan dalam periuk kecik yang diisi air. Masukkan sos cili. Kacau rata. Agak-agak sukatannya ye agar kuah sosnya pekat.

Settle hal kuah sup 😉👌



Sampingan lain :
Sayur salad
Tomato
Timun
Daun Sup. 


Siapppppp! 

Nota : Hampir 4tahun kahwin baru try buat nasi ayam macam mak masak. Rasanya memang sama! So deliciousss.. 😋

3 ulasan:

  1. sya, saya setiap kali balik kg mesti shopping dekat TF gemas tu :D

    BalasPadam
  2. sedapnya nasi ayam , lama tak makan

    BalasPadam
  3. sedap nyer mimie :)
    last week aida buat nasi ayam.
    test pressure cooker hi hi hi...

    lama x landing blog mimie.
    kebetulan ari ni ada time.
    baru la jeling kat dashboard.
    if not, blogwalking kat link top komen ajer.

    BalasPadam