Omar & Hana | Animasi Terbaik Untuk Anak-Anak Kecil

Wednesday 5 July 2017

Omar & Hana | Animasi Terbaik Untuk Anak-Anak Kecil

Assalamualaikum.. Hi readers semua.. Malam ni kita bersiaran lagi ye.. Menaip entri yang dah lama sangat tertangguh.

Perasan tak, Sekarang ni kita diperkenalkan dengan nyanyian lagu buat anak-anak kecil dari Omar & Hana kan? Perasan tak? Kalau sebelum ni kita biasa dengar lagu untuk anak-anak ni, lagu dari Didi & Friends. Kali ni, kita diperkenalkan dengan nyanyian dari Omar & Hana pula. 
Sebenarnya, nyanyian lagu untuk anak-anak ni dari Omar & Hana menggalakkan anak-anak sambil belajar serta mensyukuri nikmat Allah. Lagu yang ringkas. Saya pasti ramai anak-anak kecik sukakannya. Silap-silap, ibu dan ayah pun boleh hafal tau lagu-lagu ni.

Saya pun dalam proses nak download lagu-lagu ni untuk zara & zhareef. Yela, mana yang baik perlulah kita bagi pada anak-anak dengar kan. Lagi-lagi anak-anak ni cepat sangat menyerap sesuatu perkara tu. 

Nak tahu tak antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Omar & Hana yang cute comel ni? Saya share disini ya. Mana tahu ada ibu-ibu yang berminat nak bagi pada anak-anak dengar. :)
Perkara yang baik perlulah dikongsi bersama,kan?


Omar & Hana : Alhamdulillah



[ Lirik ]

Bismillah sebelum bermula 
Bismillah sebelum bermain 
Bismillah sebut sentiasa 
Seronoknya bermain

Bismillah dengan nama Allah
Maha pemurah & pengasih 
Semoga dimudahkan 
Dengan sebut bismillah

Bismillah sebelum bermula 
Bismillah sebelum bermain 
Bismillah sebut sentiasa 
Seronoknya bermain 

Bismillah dengan nama Allah 
Maha pemurah & pengasih 
Semoga dimudahkan 
Dengan sebut bismillah


Omar & Hana : Sayang Mama Papa


Omar & Hana : Main Sama-Sama


Omar & Hana : Terima Kasih Cikgu

Ni baru beberapa lagu yang saya kongsikan tau. Ada banyak lagi. Memang bagus sangatlah kita bagi anak-anak dengar. At least anak-anak kalau terikut-ikut pun, benda yang baik kan?
Ibu-ibu ayah-ayah janganlah risau tau.. Untuk lagu lagu ni Ustaz Don, Ustaz Nushi (Kuiscell) dan Puan Zaliza (Genius Aulad) adalah ‘education consultant’ bagi Omar & Hana. Haaaa, bukan sembarangan tau lagu ni dikeluarkan..

Walaupun lagu kanak-kanak, ianya ada 'education consultant' lagi tau. Demi untuk anak-anak belajar perkara yang baik-baik. :)

Jom kita sama-sama bagi anak anak dengar lagu dari animasi Omar & Hana ni. :)
Dibawah ni saya share juga info mengenai Omar & Hana sekeluarga ye. ;)



 


2 comments

  1. wah.. bila mimi senaraikan video dia baru perasan ada banyak dah video diorang.. harraz suka lagu terima kasih cikgu.. hahaha,, senyum je dia bila tengok.. jemput singgah entri oomar dan hana gak.. hee..
    http://www.tengkubutang.com/2017/05/omar-dan-hana-siri-animasi-terbaru-dari.html

    ReplyDelete