Gigitan Nyamuk & Serangga? ~ Minyak Yu Yee Kan Ada ~

Friday 30 June 2017


Gigitan Nyamuk & Serangga? ~ Minyak Yu Yee Kan Ada ~


Assalamualaikum. Hi readers..
Selamat Hari Raya.. Salam Syawal buat semua..Masih bercuti raya di kampung ke tu? Saya dah selamat kembali ke tempat asal. Ddy zara zhareef dah start kerja dah..


Macam mana bercuti di kampung? Pasti seronok kan? Tahun ni beraya di mana tu? Tahun ni saya beraya di kampung saya di Segamat, Johor. Semestinya raya sangat sangat meriah. Lagi lagi raya tahun ni dah berempat. ☺

Bukan nak bercerita pasal raya, tapi bila kata balik kampung, selalunya rumah kampung ni rumah kayu papan tu kan? Suasana rumah kampung macam tu memang mendamaikan,kan? Beratapkan zink, siangnya panas membahang, malamnya sejuk menusuk ke tulang! Dan pastinya nyamuk pun seronok mencari mangsa! Kan,kan?



Bila malam cuaca sejuk, memang syok la tido kan? Tapi! Bila nyamuk datang menganggu, mesti rasa nak marah je kan? Haaaaa, nak tahu tak, sebenarnyakan ada jalan penyelesaiannya tau. Haritu saya kerap juga la terjaga dek kerana gigitan nyamuk. Mujur la sebelum tidur, dah pastikan Minyak Yu Yee ada disebelah.

Bila dah rasa kaki gatal gatal, terus capai minyak Yu Yee. Letak 5-6 titis terus sapu di kaki. Ulang lagi bubuh di tempat yang mana patut. Malam tu terus lena tidur sampai ke pagi. Memang bermanfaat sungguh la minyak Yu Yee ni. Bukan setakat dapat melegakan kembung perut anak, tapi dapat membantu menghalang digigit nyamuk. 




Pernah juga la kaki saya ni kena gatal gatal mungkin di gigit serangga sampai berbintat bintat. Cepat cepat cari minyak yu yee sapu kat tempat yang berbintat, sekejap je surut. Senang kata, Minyak Yu Yee ni wajib ada stok dirumah tau.

Macam saya sekarang minyak yu yee ni wajib ada sebotol dalam bag berjalan, wajib letak dalam kereta juga sebotol, maklumlah jenis cepat pening kepala kan.. Then sekarang wajib ada sebelah bantal bila dah tidur malam. ☺



Jom dapatkan stok minyak yu yee untuk kegunaan seisi keluarga ni. Yang penting, ianya dijamin Halal. 
Saya share sebab saya guna dan ianya pengalaman saya. 😉👌

2 comments

  1. Letak herbal blend pun best juga untuk baby dan dewasa. Try la nanti. :)

    ReplyDelete