SGshop “Jom Shopping!” Contest

Tuesday 20 June 2017

 SGshop “Jom Shopping!” Contest


Assalamualaikum..
Sementara budak kecik 2 orang ni tengah tido lagi, mama dia ambik la peluang nadap depan laptop lelama sikit. Lepaskan gian nak menaip puas-puas ni tau. Selalu dapat update pakai tipon je. Memang terkial-kial jugalah nak menaip tu, janji blog terupdate la gituuu..

Kali ni ambil peluang untuk mencuba nasib dalam Contest yang dianjurkan oleh Ayue Idris. Mana nak tahu rezeki anak-anak ada disini,kan? Sebab kalau menang pun memang beli sesuatu untuk mereka juga.

Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
SGShop merupakan salah satu website shopping online yang telah bekerjasama dengan pihak logostik malaysia dalam membantu untuk membuat sebarang pembelian barangan yang ditawarkan. 

SgShop ini dikatakan menawarkan barangan dari website Taobao.com. Namun kita semua tidak dapat membuat sebarang pembelian disitu kerana masalah komunikasi bahasa. Kini, untuk membuat sebarang pembelian, boleh sahaja lawat masuk www.sgshop.com.my.

SGshop menawarkan pelbagai jenis barangan dengan harga yang sangat mampu milik. Antaranya, barangan rumah, barangan dapur, barangan untuk kanak-kanak, produk kecantikkan, pakaian dan sebagainya la.. Segalanya dihujung jari.

Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

Kalau ditanya apakah barangan yang nak dibeli tu, memang macam-macam la yang nak dibelinya tu. Rambang mata kan. Lagi-lagi orang perempuan yang terkenal dengan shopping ni. hihi..
Antara yang nak dibeli di SGshop malaysia ni ialah :



Kenapa dengan wardrobe ni? Cute la.. hehe.. Bukan nak beli sebab cute je. Tapi sebab nak khaskan tuk anak dara ni wardrobe dia je. Sambil sambil tu boleh la deko-deko sikit kat bilik tu kan.. Nak-nak zara suka barang kaler PINK!!.. Gegirl sangat tau..



Janganlah ditanya kenapa pilih bag ehhh.. Nama pun ppuan. Ppuan kan tak boleh berpisah dengan aksesori macam ni. hehe Saya  pula suka kumpul bag, so rasanya bag kenalah ada dalam wishlist.



Nak hadiahkan bebear besar ni untuk kakak Aya. Dia kan suka kumpul bear, apakata kali ni hadiahkan bear besar untuk dia, agak-agak macam manalah respon dia kan..?

Ikutkan nak listkan lagi. Tapi kena la ikut rules dia kan. Nak kan 3 item jee.. So cukuplah ni 3 barang yang utama.

Agak-agaknya la kan, ada rezeki tak nak menang ni? hehe,, ehh rezeki tu kuasa Allah. Yang penting kita usahakan..



2 comments

  1. Good luck sis. Shopping memang best! Hehe.

    Shad
    https://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/06/sgshop-jom-shopping-contest.html

    ReplyDelete