:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Sabtu, 24 Jun 2017

Persiapan Raya

Persiapan Raya


Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. Pagi ni nak update pasal lasttttttt preparing raya boleh? Esok nak raya dah kan. So harini kita nak cerita pasal persiapannya la.. hihi


Alhamdulillah. Tahun ni beraya 4 orang. Untuk keluarga kecil kami. Lengkap sepasang cahayamata kami. So tahun ni bab persiapan tu extra la sikit. Nak kena beli barang baby boy juga.

Adik zhareef genap 6 bulan 2hari (24jun2017) dah. So sebelum nak bercuti raya ni pun dah siap siap bawak pergi checkup. Supaya dapat raya dengan tenang. Hehehe. Kira settle dah 1 perkara kan. 

Bab persiapan baju raya.. erm.. baju sedondon kami ngak siap. Opah zara cakap tak sempat. Takpe. Paham. Sebab opah zara ada ambik jahitan sikit sikit. Sambil ngasuh lagi. Takpelah.. Janji baju ddynya siap takpe. 

Bab baju jalan tuk kakak Aya mamanya dah beli sesikit, pastu simpan. Memang tak terasa sangatlah duit yang keluar tu. Tuk adik zhareef pun, takde la juga beli sekaligus. Jumpa mana berkenan beli. Alhamdulillah. Rezeki duit dropship. Allah bantu permudahkan. Kali pertama bajet pergi Aeon nak beli kat situ je. Rasa tak mampuuuuuuuuu.. mahal.. tapi beli la juga dalam mahal tu. 




Total untuk 4 item ni Rm100 settle. Huhuhuhu.. Pepaham je la baju anak bujang ni kan. Kalau yang jenamaaaa lagi la terkebil kebil nak bayar. Makk tak manpuu nakk kalau nak beli mahal mahal. Pakailah seadanya ye. Janji baju baru. Hehe. 




Haritu pergi UO Segamat, berkenan lagi dengan baju baby boy ni, ambil lagi 3 pasang. Bajet Rm51 je. Murohhh la jugak. Maklumlah, beli memahal sayang nak pakai hari hari kan? Pastu simpan. Udah simpan je, baju tak muat pula. Jadi baikk beli harga mampu milik sudah.

Kakak aya pun dapat kasut baru. Beli kan sandal je. Memurah je. Tengok dia happy sangat. Rasa terharu pula mama ni. Yela, budak kan, dia tak kan tipu perasaan dia. Apa yang dia rasa, dia mesti tonjolkan. Tapi kasut pink yang disebut sebut tak dapat. Next la ye .



Mamanya pun sempat rembat kasut raya. Hehe. 2 pasang!. Ehh sepasang tuk pakai harian. Sepasang lagi pakai masa masa tertentu je. Ok la tu kan. Harga pun memurah je. 2pasang tak sampai Rm50 pun. Settle la kan. Janji ada. 

Kuih Raya? Tahun ni tak buat pun. Hehehe.. 2jenis order dengan cousin. Untuk mil pun beli je. Tak dan nak kelebet kuih raya sendiri. Nak nak adik zhareef ni bukan boleh mama dia dok jauh sikit dari dia. 

Korang punya persiapan raya macam mana? Rasanya ada je yang suka persiapan last minute ni kan,kan kan?

1 ulasan: