E-Operasi? Apa Itu E-Operasi?

Saturday 17 June 2017



E-Operasi? Apa Itu E-Operasi?


Bagaimanakah ia berfungsi? Untuk pertama kalinya saya mendengar tentang E-Operasi ini. Dewasa kini banyak kemajuan yang telah dilakukan dalam sistem-sistem pendidikan. E-Operasi ini merupakan Modul Pengurusan Guru yang mana ianya merupakan modul pengurusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Para guru pada masa kini telah diberikan pelbagai kemudahan dalam memastikan kelancaran dalam sistem pendidikan. Kini EOperasi ini diwujudkan untuk digunakan oleh para guru dalam mengemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan. Ini merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Selain daripada itu juga, Pihak Kerajaan juga telah membangunkan beberapa sistem lain untuk kemudahan semua. Antaranya ialah :




Antara kelebihan lain E-Operasi ini ialah, para guru dapat membuat semakan maklumat seperti status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).

Dengan adanya E-Operasi  ini, segala kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat kerana segalanya berada dihujung jari sahaja. Itu antara kelebihan  zaman teknologi berinternet pada masa kini.

Ada diantara para guru juga belum mahir dalam penggunaan sistem E-Operasi ini dengan selancarnya. Disini saya sertakan bersama cara untuk menggunakan sistem E-Operasi tersebut.

Untuk mengetahui cara Login masuk sistem tersebut boleh klik E-Operasi.

Para guru digalakkan untuk menggunakan sistem ini kerana, ianya dikatakan tidak akan berlaku masalah 'Website Down' atau 'Sistem tidak dapat diakses'. Klik sahaja pada pautan E-Operasi itu serta ikuti sahaja segala arahan yang telah diberikan.

Modul eoperasi ini menguruskan hal berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

Cuma kepada para guru, ia dapat meringankan sedikit segala tugasan kerja yang diberikan.
Memudahkan kerja serta dapat mempercepatkan segala tugasan tugasan penting.

Diharapkan, dengan adanya perkongsian mengenai E-Operasi ini dapat membantu mereka diluar sana untuk memudahkan segala tugasan kerja yang telah diberikan. 
Dan diharapkan ianya juga dapat membantu dapat segala tugasan kerja mengemaskini setiap data-data penting yang telah diberikan. 




Post a Comment