:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Jumaat, 26 Ogos 2016

Tak Pernah Pergi Bercuti Ke?

Tak Pernah Pergi Bercuti Ke?


Assalamualaikum.. Hai readers!.. =)

Harini nak sambung membebel lagi kat blog. Saja sekadar nak memenuhi kehendak syarat berblog. Pastikan blog diupdate setiap hati.. Ehhh, Macam cabar diri sendiri pula kan.. Ni kalau buat segmen cabaran diri best jugak ni kan. Nak tengok, mampu ke tak nak buat.. Ok, next plan la kan.

Harini terpikir pasal 1 perkara ni. Dalam blog kita ni kan, rasanya cerita merapu tu normal la kan banyaknya, tapi nak share pasal bercuti tu macam takde. Hahaha.. Orang lain asik la share pasal family day kat sini, kat situ, bercuti 'short vocation' d sini, disitu..

Ehh, awak bercuti kat mana syamimi?? Hahaha.. Baru laaaaa perasan.. Sejak duduk menetap kat gomeh ni, memang takde pergi bercuti kemana sangat pun. Maklumlah, tempat terdekat pun melaka. Bila balik melaka pun, tak lain yang di singgah, AEON tu haaaa, dah puas pusing, meh ler pulang. Balik ler ke rumah mil di Masjid Tanah tu. Duduk la diam-diam kat situ.

Teringin nak ke Bandar Hilir.. Bawak zara ke sana. Last ke sana masa baru lepas kawen.. Ok.. Tak lawak.. Dah nak masuk 3 tahun dah. Hahaha!.. Zara pun bulan depan cukup 2tahun, belum pernah sekalipun bawak dia ke sana.. Ishhhh.. Sian zara.. Balik-balik pusing-pusing pergi jalan pun ke Segamat, Bahau, Melaka. Tak mencabar langsung kan. Palinggggggggggggggggggggggggggggg Jauh pun setakat ni la kan..................... Balik IPOH!.. Hahaha..

Dah balik ipoh pun, merap juga. Yela, sebab bukan selalu dapat jumpa mak abah adik adik. Bagi peluang juga kat zara nak rapat dengan Opah Atok, Maksu, Pkngah, Pakcik sume.. Kita pun bila dah balik ipoh pun malassssssssssssssssssss je nak keluar. Duk merap sembang-sembang nak mak lagi best. Kalau keluar pun sekadar pusing mall je..

Tapi kan.. Kalau dah pergi bercuti ni pun 1 hal nya jugak. Gambar confirm banyak kan. Tapi part paling leceh dan malas nak watermark gambar. Hahaha.. Actually ada 1 'short vocation' masa bulan 5 haritu, tak berupdate pun dalam blog. Nanti dah datang kerajinan, kita tepek la kat sini eh.. Sebagai kenangan.. Nanti mana nak tahu lepas 5-10 tahun akan datang pergi balik tempat tu, dah ada perubahan ke kan.. hehehehe..


2 ulasan:

  1. Salam....Singgah pagi jumaat...
    memang pun..nak letak watermark tu la yg kdg² mlm tu..hihi

    BalasPadam
  2. salam..
    yaya singgah melawat =)

    BalasPadam