:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Khamis, 25 Ogos 2016

Hal Personal Pun Nak Cerita?

Hal Personal Pun Nak Cerita?

Assalamualaikum.. Hai readers.. Waaaa, tengok tajuk bukan main lagi kan.. Macam gempak sangat je.. Gempak sangat ke nak diceritakannya pun.. hehe.. Takde la gempak mana pun sebenarnya.. Saja nak sembang-sembang je..

Sejak ada blog ni kan, ehhh bukan.. sejak sekarang ni kan, kadang terpikir bila mana sekarang ni nak update blog pun dah tak macam dulu. Dulu zaman sebelum kawen, tunang, macam-macam juga boleh share. Tapi kalau bukak balik entry lama, ya ampun.. mesti malu giler nak baca entry lelama tu.. haha..

Yela, dulu tulis pun ikut sedap hati je apa nak tulis. Walhal kan, dulu malu juga sebenarnya nak berblog ni. Malu la kalau apa yang kita tulis tu, orang baca, pastu dok kutuk-kutuk ke. Dok cakap belakang ke.. Yela, kadang apa yang ditulis tu, hal peribadi je.. 

Tapi sekarang ni pula, macam takde topik je nak share dalam blog ni.. Kalau ada pun lebih kepada hal kekeluargaan, hal peribadi sendiri je la.. Maklumlah, kita bukan diberi peluang untuk mendapat sebarang job review ke apa.. kalau orang lain tu selain ada share hal kekeluargaan, hal kerja, banyak juga diberi peluang merasa produk untuk direview kan.

Kalau ada pun, kita selalu share hasil review peribadi je la. Maksudnya produk tu beli sendiri, bila hasil memuaskan, dikongsi bersama. Tu je la.. Kadang terpikir juga, agak-agaknya kan, kawan-kawan bosan ke tak baca blog kita ni eh.. Yela, kena la pikir camtu kan. Sebab sesetengah orang bukan suka pun nak baca kisah peribadi orang. Suka baca info-info. Kita ni nak share info, tapi kadang risau la kut-kut tersalah share, karang kena bahan pula dengan orang yang baca.



Sekarang ni, kita tengah usaha nak naikkan balik blog ni. Sometimes buntu juga apa yang nak ditulis. So, sekarang cuba juga la update segmen,giveaway sambil-sambil tu share pasal hal sendiri. Selalunya lebih kepada nak share pasal si budak zara tu la. Perasan juga, dulu share pasal zara je pun, takde orang pun nak singgah blog kita ni..

Dulu blog ni ok juga la prestasinya.. Tapi sekarang? Sangatlah merundum. Macam tu juga la merundumnya hati dan perasaan ni. Haha.. Tapi bila pikir-pikir balik, memang dulu niatnya nak jadikan blog ni sebagai 1 medium untuk berkongsi apa sahaja info disamping menambahkan pendapatan. Tapi sekarang, bab untuk menambahkan pendapatan tu macam tak boleh nak jalan je. Bukan setakat nuffnang je dah tak nampak blog kita ni, rasa macam ramai juga kawan-kawan lain pun dah tak berapa singgah sini.. hehehe

Sekarang ni saya cuba juga untuk membalas setiap jejak kawan-kawan. Rindu sangat zaman berblog yang dulu.. Sekarang ni zara pun dah ok sikit. Kiranya nak berblog dia takde la nak kacau dah bila mama dia dok ngadap laptop. Ddy zara pun ok je bagi kita teruskan berblog. Bagi ddy zara, kalau kita boleh buat side income dari berblog, lagi la okay kan..

Tapi apakan daya.. Kita pun tak tahu nak buat side income dari berblog macam mana. Hehehe.. So, share je la cerita yang boleh di share dalam ni kan.. Cerita syok sendiri pun syok sendiri la kan. Janji ada juga cerita yang boleh dibebelkan dalam ni.. Harap kengkawan rajin singgah sini ye.. In shaa allah, selagi kita boleh balas jejak, kita mesti balas. Kalau kita tak pernah singgah blog korang, tinggalkan je link blog tu. Nanti kita jejak tau..

Sekarang ni kan macam terpikir nak buat segmen atau mini giveaway camtu je. Pastu nak bagi la sikit 'hadiah' kat kengkawan. Dalam perancangan.. Harap-harap la nanti ada sambutan.. 

Ok la bebelan tuk malam ni.. Nanti kita bebel-bebel pasal hal lain pula eh.. Jangan boring singgah sini ye.. hehehe





6 ulasan:

  1. Hi Mimi, akak pun dah lama sangat2 tak berblog. ni pun cuba juga nak balik blogging. rindu nak membebel dalam blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai kak..tu la.. Lma x jengah ke blog akk.. Bila dh lma x berblog, rindu kn.

      Padam
  2. fae pun malu kalo baca balik entri lama haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Kan.. Akk ni rasa seram jgk nk bca entry sendiri yng lma2.

      Padam
  3. kami share je apa yang kami nak share kat blog.
    cuma kalau benda terlalu intim takde la nak share kat blog.
    rutin harian selagi ianya takde isu menunjuk2, isu riak,ataupun terlalu peribadi, memang saya share je.

    BalasPadam
  4. Betul tu. Tak semua kita boleh share kan...

    BalasPadam