Hati & Perasaanku masih tersemat disitu..

Monday 14 March 2016

Assalamualaikum.. Hai..

Hati dan perasaanku masih tersemat disitu..

29hb feb (isnin) dah berada di Ipoh. Jadinya singgah la ke Koperasi. Sebab nak hantar sambal ikan bilis yang di tempah oleh kakak kerani di koperasi. Sambil tu, melepaskanlah rindu di sana.

Ya Allah..

Rindu sangat-sangat dengan koperasi. Walaupun dah 2 tahun berhenti dari situ, tapi jiwa & perasaanku tidak pernah sesekali melepaskan perasaan tu..


Teramat sangat rindu pejabat koperasi yang 6tahun saya jaga. 6tahun suka duka saya disitu.. 6tahun ibarat rumah kedua saya. 6tahun seperti tempat ketenangan buat saya..

Selagi kak syahida masih bekerja disitu, in shaa Allah, setiap kali balik dan bekesempatan saya akan singgah disitu..


Hari ahad baru ni 06hb saya singgah ke koperasi lagi sekali. Ahad tu bos-bos buat metting. Kiranya nak berjumpa la dengan cikgu-cikgu tu semua.. Sambil tu saya serahkan sekali kad jemputan kawin adik. Kiranya pergi bukan saja-saja dengan tangan kosong. Pergi tanpa bagitahu salah seorang dari bos pun. Kiranya suprise.. hehe

Tapi pergi kali ni kak syahida takde. Tapi dah confirmkan dengan kak syahida pasal hal hari ahad tu. Masa datang tu baru 3 ke 4 orang bos yang dah datang. Dorang macam terkejut la juga. Saya pula yang nervous. hehehehe..

Maklumlah.. kita tak tahu orang kenal lagi ke tak. Tanggapan orang pun macam mana kan bila kita datang tu. Alhamdulillah, niat sekian lama nak berjumpa dengan bos-bos semua terlaksana juga.. Rindu nak sembang dengan dorang. Terasa macam masih bekerja disitu lagi.

Kali ni datang bawak zahra.. terkejut dorang sebab datang bawak anak. hehehehe.. dah besar pula tu.. 

Yang penting, dapat berjumpa dengan semua bos tu 1 syukur yang sangat besar nilainya buat saya.. moga ada rezeki lagi selepas ni untuk saya menjejakkan lagi kaki ke koperasi tu lagi..


koperasi guru-guru melayu lepasan maktab sentiasa dihati.. ..

1 comment

  1. Tempat berkhidmat pasti akan tinggalkan kenangan indah kan..

    ReplyDelete