Voucher ZALORA RM100 Ditebus Dengan Barangan. . . .

Tuesday 19 January 2016

Assalamualaikum..

Hai readers!.. Rezeki berblog untuk tahun 2016. Syukur Alhamdulillah. Setahun rasanya perit tanpa rezeki yang 'best' sedikit dari dunia berblog. Tahun ni Allah beri keizinan untuk merasainya.

Minggu lepas dapat tawaran dari Zalora. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Ternanti-nanti juga rezeki dari ZALORA ni. Maklumlah, teringin juga seperti rakan blogger yang lain kan? Alhamdulillah saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan sebaiknya.

Dan sebagai sedikit 'ganjaran' diberikan Voucher Bernilai RM100 untuk ditebus dengan barang yang berada di Zalora.




Agaknya apa yang saya tebus dengan nilai Voucher RM100 tu ye?

Tahun 2014 saya berpeluang menebus sebuah BAG dari rezeki Entry : Koleksi Dress Labuh Untuk Raya 2014

Dan untuk tahun 2016 ni melalui Entry : Blouse Murah Wanita Menjadi Pilihan Terkini saya dapat menebus 2 barang. Alhamdulillah. 1 barang untuk saya dan 1 barang untuk husband. Rezeki kita berkongsi bersama. :)



1 Wallet Brand Jaxon bernilai RM35
1 Blouse Muslimah Brand Aqeela bernilai RM65

Alhamdulillah, genap Rm100. :)







Terbekenankan model ni pakai. Nampak sweet je. Hehe.. Yang penting, labuh menutup punggung serta boleh b-feedkan zara nanti. :)

Saiz yang dipilih adalah M. Boleh je pakai S, dah alang-alang tebus barang Free ni, maka ambillah yang besar sikit. Boleh pakai lama kan? 

Proses tebusan juga sangatlah cepat. Puashati sangat-sangat. Saya tebus pada 14 jan 2016 (Khamis) dan barang ni saya terima pada 16 Jan 2016 (Sabtu). Penghantaran melalui Gdex.


Terima Kasih ZALORA diatas rezeki yang diberi ini. :)

Psst: Lepas ni jangan pernah lupakan saya ye untuk entry yang akan datang. In shaa Allah saya menerima dengan hati terbuka. *wink-wink*

9 comments

  1. cantik.. kalau kaler dia macam model tu pakai.. betul la mimi.. effect kamera mimi tu kot buat kaler jadi lain.. tapi memang cantik la kalau kaler kekuningan sikit tu.. cunnn

    ReplyDelete
  2. Tahniah mie..murah rezki mimie
    Bestnya dpt brg free hihi

    ReplyDelete
  3. 1st dlu ade dpt.. Ble ntah zalota nk bg lg ..hihihi

    ReplyDelete
  4. Wah..best..cik mah dapt..tp xsempat nk buat entry..bz sngt2 masa tu

    ReplyDelete
  5. Tahniah. Rezeki tu. Seronok juga bersamping online

    ReplyDelete
  6. mesti tak sabar nak menggayakannya kan? hehe

    ReplyDelete