Diari Zahra : Checkup Setahun 4 Bulan

Thursday 21 January 2016

Assalammualaikum.. Hai readers.



Checkup Setahun 4 Bulan, 20 Januari 2016. Isnin haritu cancel. Jadual baru sekarang ni. Jadinya kena postpone ke tarikh semalam.

Alhamdulillah, perkembangan berat pun okay la. Sebab nurse pun tak bising apa-apa kan, jadi happy la sepanjang lepas check.
Berat dah 8.8kg. Masa setahun haritu berat ngam-ngam 8kg. Okay la nak oii.. Janji naik. Mama pun happy. Sebab terasa macam banyak naiknya. Yela, lepas 4bulan check balik kan. Hehehe.. Tunggu setahun enam bulan nanti pula timbangnya. Harap harap la naik. Sebab sekarang ni ada masa payah sangat nak makan. Memilih kadang tu. Bukan kemain lagi!


Bila nurse tanya dah pandai sebut apa, blurr nak pikir. Sebab zara ni suka bagi alarm merengek. Menangis bila nak tarik perhatian. Nak sebut maa maa pun payah. Suka bunyi aehhh aehhh.. Adoii.. Nak cakap kat nurse pun tak tahu.
Kalau sembang memang kencang. Tapi sepatah apa pun tak paham. Kalau lucu, beria gelak. Bila orang layan gelak, lagi syok la dia sembang-gelak. Tapi boleh je dia sebut 'mamam'.. Tapi 'tak rajin'.. T___T

Erm... Zahra.. Zahra..



Perangai sekarang. Suka 'kemas' tudung mama. Minta nak pakai. Kadang suruh mama pakai. Sebab nak suruh kuar jalan. Soooo clever.. Hope sampai ke besar suka bertudung ye..

3 comments