Sambal Ikan Bilis Kering Marvelous

Saturday 14 November 2015

Assalammualaikum.. Hai readers..

Bila mood masak datang, apa yang diinginkan in shaa Allah menjadikan.. Sebenarnya dah bape hari ni ddy zara dok berjampi pesan suh buatkan sambal ikan bilis kering yang marvelousssss ni.. Ewahhh.. Mabelessss sangat tu. Haha.. Boleh dikatakan lauk ni dah macam wajib ada kat umah la. Sebab makan dengan nasi panas panas, perghhhh.. Terbaikkk.. 


Kiranya pembuka selera la kan. Siapa suka sambal gini?? Sepp sikit.. Kita geng.. Hehehe.. Haritu masa nak balik ke ipoh, saya buatkan juga sambal ni tuk ddy zara. Seminggu dia dekat umah masa tu sebelum nak masuk orentasi, saya bekalkan dengan sambal ni kat umah. Buat stok. Jemu makan luar, boleh makan dengan sambal ni kan. 

Tak sangka, sambal ni tahan dalam tempoh sebulan. (2minggu sambal ni tak terusik la sbb ddy zara dah masuk orentasi) Tapi pastikan kena simpan dalam bekas tupperware yang kedap udara la. Kalau tak..mau lemau. 3minggu memang saya kat ipoh. Balik gemas, dalam tempoh seminggu still tahan lagi. Alhamdulillah.. Setakat ni saya buat memang tahan. Cuma kita kena pandai simpannya la.. Dan lagi 1 yang buat ikan bilis ni rangup, ikut jenis ikan bilis juga. Kadang ada yang digoreng tak rangup pun. Malah liat. 

Ohh ya.. Saya tengok kat blog ni carian paling tinggi ialah resepi sambal ikan bilis kering ni. Macam macam keyword la.. Yang muncul mesti pasal sambal ikan bilis ni. Memang meletop la carian kat nuffnang tu.. Tak caya, cuba tengok kat bawah ni.. 


Alhamdulillah.. Sekadar dah ada masa nak buat. Zahra memang ada masa menganggu. Tapi tak menghalang lagi la.. Kentalkan hati juga la bila nak buat. Tak nak jadikan alasan tuk tak buat.

Sebenarnya nak tanya pendapat kawan kawan.. Saya dalam cadangan macam nak open order sambal ni. Saya tahu ramai yang lebih suka buat sendiri. Cuma ada masa  dengan rajin tak rajin je la kan. Dalam masa yang sama nak cuba la jadikan ianya bisnes kecil kecilan.. Agak agak ada sambutan ke tak ye.. Saya ni cukup la risau kalau apa yang dirancang tak menjadi.. Maklumlah.. Kita baru nak bermulakan.


In shaa Allah dalam hujung bulan ni ingat nak keluar modal sikit dan buat sambal ni sedekah pada kawan kawan kat kem ni.. Buat tuk bagi rasa serta beramal.. Hehe.. Tak salah rasanyakan kita bersedekah. Lagipun tak pernah lagi masak pape then bagi pada kawan kawan kat sini. Hee..

Moga niat ikhlas ni terlaksana.. Amen..

Kalau ada permintaan in shaa Allah saya akan open order ye.. In shaa Allah harga pun mampu milik jika saya jual. Saya paham sekarang zaman GST.. :) Agak agak kalau saya open order, ada yang nak tak? Heee..

7 comments

  1. sedap rindunya dulu masa study kak senior bawa dari rumah then siap sapukan kat roti lagi.

    ReplyDelete
  2. saya suka, tp yang garing je saya suka,,hehe

    ReplyDelete
  3. sy kalo buat selalu x menjadi dan ikan bilis dia x rangup huhu

    ReplyDelete
  4. tengok gmbr pon dh terliur.. haha
    saye mmg suke smbal bilis
    kalo kene masa malas nk masak, makan nasik panas2 dgn sambal bilis je..
    sambal bilis mmg tahan lama..

    ReplyDelete
  5. Uishhh sdp ni mkn dgn nasi pns..moga niat murni mimie trcapai amin

    ReplyDelete
  6. in shaa Allah, cuba la try tgk dulu mimie.
    pa pe pon smmga dipermudahkan hendakNya aamiin

    ReplyDelete
  7. makan dgn nasi panas :)
    memang marveles!

    ReplyDelete