:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Selasa, 13 Oktober 2015

Majlis Makan Malam Rejimental..

Assalammualaikum.. Hai readers..

Ni cerita ahad malam isnin yang lepas. 11 oktober 2015. Saya hadiri majlis makan malam rejimental ptt kanan kor ordnans diraja ke-58 di PWTC. Semuanya terlalu cepat berlalu. Tak sangka seawal ni saya akan hadirinya. Alhamdulillah.. Rezeki diusia 27tahun.



Ddy zara dalam orentasi. Sebelum majlis penutup, mereka adakan majlis tersebut. Bagi saya ianya penuh protokol. Siapa wife army yang berpangkat sarjan ke atas mesti tahu dan pernah alami. Kalau tak banyak kali pun, mesti sekali pernah merasa.

Ini kali pertama saya hadiri. Sejujurnya memang kekok. Nama pun makan beradat kan. Perasaan gugup tu sememangnya ada. Tapi kita kena la control.  Alhamdulillah.. Allah permudahkan semuanya walaupun terpaksa tinggalkan sekejap (beberapa jam) my princess..



Agak kekok sebenarnya untuk makan beradat ni sebab kita dah terbiasa dengan cara kita sendiri. Pegang sudu garfu ikut sedapkan. Alhamdulillah, walaupun kekok, ddy zara banyak membantu. Yela, dia lebih arif bab garis panduannya. So, ikut la arahan dia. Hee

Permandangan atas. Cantikkan.. Teruja saya..

Okaylah, just ke point disekitar majlis ye. Majlis yang cukup bermakna bagi saya. Saya memang teringin sangat nak tengok ddy zara berpakaian mess kit ni. Tak sangka pula ada rezekinya. Malah dapat join sama majlis makan malam ni walaupun pelbagai dugaan pada mulanya.

Kalau tak silap saya, majlis bermula pada jam 8setengah malam macam tu secara kasarnya. Dimulakan dengan nyanyian lagu.. Saya tak ingat lagu apa. Setelah selesai, hadirin duduk. Lampu dimalapkan. Indah sangat saat tu. Bagaikan candle light dinner. Actually bila kita nak makan, kita kena dengar alunan music yang dimainkan.

Bila makanan dihidang masuk, then dah ready semua, lagu pertama dimainkan. Lagu tu bukan la ada yang nyanyiannya ye. Tapi pancaragam tentera mainkan alunan muziknya. Maka bermulalah kita untuk makan. Bila lagu stop, maka kita kena stop dulu. Then masuk lagu kedua, kita boleh sambung makan lagi. Then stop lagu kita pun kena stop makan.

   Menu Pertama.

Menu kedua : Mushroom soup. (Tiada gambar)

Then dah selesai, tukang hidang makanan tu (tentera juga) akan ambil pinggan tadi. Setelah selesai, tunggulah kita sehingga ke makanan seterusnya. Nak makan pun macam tu juga. Kena tunggu sehingga music seterusnya dimainkan. Begitulah sehingga ke menu ke-4. Selesai menu ke-4, lampu diterangkan.

  Menu ketiga.

   Menu keempat : Dessert

Masa lampu diterangkan, masa rehat diberikan. Take 5 minute. Mungkin ada yang nak ke toilet. Time tu saya tak keluar pun. Sebab dorang hidangkan coffee or tea. Saya ambik coffee je. Dengan harapan jangan mengantuk. Heee..



Dah habis waktu rehat, masuk semula, ada 2 orang pegawai atasan la kiranya, saya lupa pangkatnya, mereka berucap tuk penutup. Oohh lupa.. Ada acara potong kek sempena harijadi kor ordnans. Masa tuk lagu yang dipasang memang merancakkan lagi majlis. Lampu dimalapkan. Hanya lampu bulat disuluhkan kepada mereka yang membawa kek. Majlis selesai dalam pukul 11 lebih juga la malam tu. Then selesai berucap, kita berbaris diluar untuk beri penghormatan kepada tetamu terhormat.

Then bersurai. Time ni nak berselfie puas puas pun dah takde siapa kisah. Hehehe.. Saya takdelah nak berselfie pun. Tempat orang. Segan. Hihi.. Sekadar bergambar kenangan dengan ddy zara je la..

**Coretan saya hanya sekadar sebuah kenangan. Mana tahu, akan datang ada rezeki lagi untuk hadir. Moga moga janganlah ddy zara inform last minute!

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah dah selesai semuanya kan .seronok akak

    BalasPadam
  2. alhamdulillah
    berakhir dengan jayanya..
    kenangan yang sukar dilupakan

    bab last minute no komen. hikhikhik

    BalasPadam
  3. bestnyaa.. hehe mesti nerves kan makan beradat.. makanan tu pun nampakkk sedaaap.. T_T

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Makan, tapi x knyng pun tira.. Hee

      Padam
  5. sronok dpt pengalaman cmni, hehe

    BalasPadam
  6. Wahhh..seronok..sekali skala berprotokol..best juga kan..

    BalasPadam
  7. Mcm best ni satu pglmn yg x semua org dpt mrasainya

    BalasPadam