Penjual Kena Sabar KE Pembeli Kena Sabar??

Thursday 13 August 2015

Assalammualaikum.. Morning bloggers, stalkers, silent readers..

Ni kisah kelmarin.. Tak tahu nak mulakan macam mana.. Kisah beli barang secara online. Actually, saya suka je beli online jika barang tu memang payah nak dicari di tempat saya ni, atau kalau ada pun harga tak berbaloi. Better beli online if bayaran duit postage nya pun masih dikira barang tu murah.

Kisahnya gini. Niat saya beli barang ni pun sebab ANAK. Kalau bukan sebab anak, mungkin kira patpolohpat kali kut nak beli ke tidak. Haritu kan zara demam, so saya betul betul naik STRESS. Stress dalam diam. Yela, budak tak sihat kan. Merengek nya, dengan kita nak bangun masak tak boleh, nak makan payah so susu drop. Terasa juga la dropnya tu.

So, sebagai jalan penyelesaiannya, kena la cari 'sesuatu'.. Kena juga cari suplement yang boleh membantu tambahkan balik susu badan. Bak kata orang, cuba usaha. So, search punya search di IG, terjumpa 1 IG ni. Tengok harga pun berpatutan, saya pun orderlah. Dengan harapan dalam masa terdekat barang tu sampailah. Bukan saya ni tak SABAR ye, tapi sebab ANAK. Kalau sebab saya suka suka, saya tak kisah bila barang nak sampai.



Saya order barang ni hari khamis. Sekali dengan payment. Pastu tanya seller, dia kata postage dia isnin rabu jumaat. So saya pun berharap la juga dia pos jumaat. Sebab masa hari khamis tu dia kata dia pos esok. Sebab dia kata postage dia 3hari tu kan. Malam hari jumaat tu saya tanya tracking number. Kut la dia lupa bagi. Katanya nanti dia update. Ok la.. Saya pun tunggu je la dengan penuh harapan sampai hari sabtu.

Hari sabtu saya tanya tracking number lagi. Malangnya whatsApp tak dibaca pun sebab takde blue tick pun. Ok la. Saya pikir positif. Maybe dia bz kan. Saya tengok ig balik. Katanya ada majlis kenduri ke apa camtu la. Ok la. Bagi masa sampai isnin. Hari isnin tu saya whtApp balik tanya kan tracking number. Bukan apa, ada tracking number, senang saya nak follow barang dekat mana. Bukan kalut nak barang tu di pos harini, esok sampai ye. Kita pun paham urusan jualbeli tu.

Isnin saya tanya tracking, katanya kat hsbnd dia slip tu. Adoiyai.. Saya sabar lagi sebab dia kata 'JAP LAGI' dia minta kat hsbnd dia. Saya tunggu je, sampai hari selasa okeh. Sampai selasa. Sampai naik angin juga la, nak kan tracking number pun payah nak bagi. Memang ayat saya 'Tegas' sikit la masa whatApp hari selasa tu. Yela, sapa sapa pun boleh hilang sabar,kan. Hari selasa baru la dia bagi. SELASA ye, SELASA! Kalau bz sekalipun, inform la perkara sebenar, barang tu dipos hari apa.

Bukan saya nak mara pun if barang tu lambat pos. Kalau bagitahu kan senang. Ni tidak. Rasa macam orang bod*h je tahu tak. Hari hari tunggu poslaju. Sampai nak masak pun tak tenang. Kalau anak sakit, cakap je. Sebab saya boleh paham semua tu. Sebab kita pun ada anak. Bila dapat tracking, saya check barang di pos hari isnin sebelah PETANG! DAH NAK MASUK MAGHRIB DAH BARANG TU BARU DI REGISTER. Allah.. Mengucap kesabaran je rasa. Payah sangat ke nak bagitahu BILA BARANG DIPOS DAN BAGITAHU TRACKING NUMBER TU?

Hari selasa 1 hari barang tak gerak. Rabu baru nak gerak. Khamis barang sampai, saya pula emergency pagi tu kena balik melaka (khamis). Tak tahu dah apa perasaan sebenar. Saya kesian kan poslaju juga. Yela, naik tingkat 4, tup tup orangnya takde kat rumah. Saya sampai buat nota tampal kat pintu minta hantarkan hari isnin. Rupanya kat tempat saya ni takde SERAHAN KEDUA! Sobbb sobbb.. Sedih.. Saya balik melaka sampai sabtu. Nak tuntut barang hari ahad, pejabat tutup. Call hari isnin katanya kena ambik sendiri. Last last selasa baru barang sampai.

Bayangkan berapa lama barang tu nak sampai? Kat 2minggu okeh. Saya baru niat nak tolong orang tu berbisnes. Tapi kalau service macam ni, kirim salam je la. Kecuali dah mendesak, boleh la cari balik. Bukan saya nak merungut, maybe ada yang kata, NAK CEPAT PERGI CARI KAT KEDAI TERDEKAT'. kalau ada kat sini, saya tak beli online. Buat apa nak susah susah. Tapi demi anak, saya redha je. Moga Allah beri hikmah disebaliknya.

Kalau sesiapa yang bisnes online, kalau boleh JANGANLAH JADI MACAM PENJUAL NI!. Kesian pada pembeli. Kadang URGENT beli barang tu. Macam saya ni kira urgent la juga. Tapi dah jadi macam ni, bersabar je la. Sampai kat 5x minta tracking number, baru nak bagi. Tu pun nada ayat dah berkeras sikit. Kalau tak bertegas, sampai barang kat tangan, tracking number pun tak dapst dapat. Susah ke nak taip tracking number? Kalau susah sangat, ambik je gambar, then bagi pada pembeli. Baru la pembeli semangat nak repeat beli lagi kan. Betul tak?



Bila saya inform baru dapat then kena pickup sendiri, takde pun 1 perkataan say sorry ke maaf ke apa. TERBAIK sangat kan.. Takpelah.. Saya nak mara pun tak guna. Jenis saya kalau mara sekejap je. Mara time tu, habis time tu juga. Sambil taip ni pun takde nak mara mara. Cuma saya TERKILAN dengan orang yang macam ni. Berbisnes, tapi takde pun pentingkan customer. Baru niat nak tolong orang melayu berbisnes. Sedih..

Niat saya coret kat blog ni bukan nak buka aib si penjual. Sebab saya takde pun letak nama dia ke, no telefon ke, addrss IG dia ke.. Cuma coretan ni hanyalah sebuah peringatan. Sebab sekarang ni ramai yang bisnes online. Saya pun bisnes online juga. Tapi bila lambat, saya inform awal awal. Sebab 'customer is always right'.. Customers is first.. Jangan susahkan pembeli..

13 comments

  1. kalau sy, memang dah kena marah dah penjual tu. peduli apa. entah2 belum pos tipu ckp dah pos. huh!

    ReplyDelete
  2. Ya btl tu mie, kita tunggu bagai org x tentu arah..dia blh buat endah x endah memg kita angin juga klau trkena mcm tu..

    ReplyDelete
  3. salam singgah. customer alway right :)

    ReplyDelete
  4. setuju ngn mimie..cik nor klau duit mask..klu sempat hari tu jgk pos barang org order..huhu

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...

    wahh.. best ulasan pasal customer dengan penjual nie.. ermm.... customer is always right.. orang berniaga nie memang kena banyak sabar kan..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.
      Dlm kes ni, sy sbgai pembeli yng bnyk bersabar dgn penjual. Brng x pos kata dh pos. Dh kes tipu pun ada.

      Delete
  6. Sue juga pernah alami perkara yg sama. Memang rasa FRUST sgt. Yg pasti x akan repeat beli dgn seller tersebut.

    ReplyDelete
  7. macam2 hal sekarang ni kan mimi.. yg penting, mimi dah dapat barag.. bukan apa takut kes tipu je huhu..

    ReplyDelete
  8. mungkin seller ni guna kaedah dropship kut.tu yg tak boleh nak confirm bila pos barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun ada jd dropship kak. Tp mcm dia ni inform dh pos, tp sbnrnya x pos pn brngnya..

      Delete
  9. Mgkn barang dia bnyk kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brng bnyk sklipun, xkn la tracking number x ingt nk bg.

      Delete
  10. mmmm, patutnya sebagai penjual kena la alert
    sblm pergi mana mana selesaikan la yg mana patut didahulukan.
    ini sampai buat org ternanti nanti..

    ciksu pon pnh kena.tp mmg last la.

    skrg ni byk beli brg kat area chow kit j tak pon terus ke hq.. nasib la dlu di kl.ada byk kmudahan
    mmg x hrp sgt dgn penjual di ig melainkan dh kenal atau dipercayai.

    pling takut kes tipu. huhuhu ..

    tak pa, blajar dr pengalaman..

    ReplyDelete