Tragedi Kek Raya!

Sunday 26 July 2015

Assalammualaikum.. Hai..

Kisah penghujung puasa haritu. Nak buatkan la kek raya tuk mil. Sebab saya kalau nak meng-cookies memang la takde masa. Yela, tumpuan kena ada kan. Dok baking cake ni pun zahra dah menjerit jerit.

Kisahnya buat kek oren dulu. Saya kalau buat kek oren mesti tak jadi. Haha!! Tak tahu napa. Mesti lembik. Main bedal je kut resepi yang ada. Last last lembik. Nanti nak minta resepi dari kawan la, nak tanya macam mana dia buat kek oren besday adik yang sedap tu.

Ok.. Back to the story. Kek oren saya sebenarnya ada coklat sikit atasnya. Lupa nak snap sebelum masuk oven. Pastu masa dah nak masak saya check. Tengok lembik lagi bahagian tengahnya. So tukar la kepanasan api tu. Ambik belah atas pula. Pastu tinggalkan jap je dalam 5minit sebab nak makan nasi. Tapi suhu kepanasan tu dah dikurangkan.

Sekali tengok, rentung!!! Haha.. Tak tahu gelak ke nak nangis tengok kek tu. Terkejut habis dibuatnya. Ddy zara suh buang je kek tu. Haha. Idea paling bernassssss.. Nasib la sel sel otak i masih berfungsi. Taklah nak terus humban dalam tong sampah.. Kikis yang hangit then alter la mana yang boleh. Alhamdulillah.. Berhasil. Kikiki..

Penuh sepiring kecik kerak kek tu..



Esoknya buat lagi 1 kek. Kek pelangi 3kaler tu je. Buat yang simple simple je sebab nak buat yang rumit karang makan masa. Dengan zahra lagi yang tak boleh ditinggal lama. Buat kek yang ni ambik tindakan lebih berhati-hati. Taknak rentung juga. Hehe..



Alhamdulillah. Keknya elok cantik. Actually saya tak pernah masak kek lagi guna oven saya tu. So tak dapat nak agak kepanasannya. Maklumlah, oven baru ni kepanasannya lain kan? Hope lepas ni buat kek lagi janganlah ber'tragedi'.. Hehehe..




*syukur kek nya licin.. Hihihi..

6 comments

  1. berkat usaha..alhamdulillah menjadi kan...mesti sedap..jangan dinilai pada rupa..tapi nilai pada rasa..

    ReplyDelete
  2. hehehe CT kalo buat kek cheese mesti x jadi.. pakailah resepi sapa pun hehe..
    takpe janji sedap masuk mulut ngap =)

    ReplyDelete
  3. Nice try, kek pelangi menjadi pun dah syukur sgt kan. Licin pulak tu..

    ReplyDelete
  4. rajin mama zahra, chaiyokk..lps ini pasti ok..

    ReplyDelete
  5. kena selalu2 buat bru kita blh adjust masa dia
    chaiyok mama zahra ;)

    ReplyDelete