Anak Ke?, Maknya Mana?

Friday 3 April 2015

Assalamualaikum.. Selamat pagi…

Ahad baru ni (29.03.2015) majlis kenduri aqiqah Zahra. Buat di rumah mertua sebab sekalikan majlis aqiqah anak adik ipar yang baru lahir. So sembelih 2 ekor kambing la.. Tapi sayangnya tak sempat nak tengok sebab sembelih kat tempat lain.

Ok.. nak cerita bab kambing pun takde pula kambingnya kan. Hahaha.. tak syok la pula.. tunggu la nanti kut-kut ada siapa-siapa simpan gambar kambing tu baru kita share ceritanya ye..

Yang ni kita cerita bab Zahra pula. Kenduri tu ramai jemput orang kampong. Actually orang tak perasan kut yang kenduri aqiqah ni buat tuk 2 baby. Tuk baby Zahra dengan baby alisya.

Yang kelakar nya ada la makcik-makcik ni sembang. Yang saya dengar macam ni.

Makcik A : ni anak sapo ni? *sambil menunjuk ke arah Zahra*
Makcik B : ni laaa anak najib
Makcik A : omaknya mano?
Makcik B : laaaa, maknya yang tu la, yang dukung baby tu
Makcik A : lain muka omaknya.
Makcik B : anaknya macam muko najib kocik kocik dulu



Me : ??????
Ooohhhhmakkkkkk… Orang tak perasan la hai Zahra ni anak i.. sabar je la.. tak tahu la nak sentap ke nangis bila dengar ni.. ke perlu gelak??? Hahaha.. saya dalam blurrr mampu senyum je la.. erm…


Ni kisah haritu masa nak ambik cool blog yang di order. Sekali budak tu tanya saya.

“Anak ke?”

Me : ha’ah *sambil senyum J

Adoiyaiiiiii.. hahahaha.. orang tak percaya ke Zahra ni anak I ???? punya la ngadap cool blog selang sehari masa pregnant haritu, bolehnya budak yang jual tu tak perasan. Kelakar je rasa tau..

Haha.. bila cerita kat mak, mak cakap orang tak caya sebab ko tu macam budak sekolah je rupanya. Sebab tu orang tak caya yang ko tu dah ada anak. Nak-nak Zahra ni takde muka ko..

Adoiyaiii.. sabar je laaa…

Yang penting I tak culik anak orang. Hahahaha!

Zahra Zahra.. kita sama dari segi jantina je nampaknya kan nak?? Haha



14 comments

  1. emaknya nampk muda sgt kot...
    tu yg orang tnya tue..
    hehehe...
    pipi zahra sodap tu gigit :p

    ReplyDelete
  2. takpe.. positif.. muka awak nampak muda.. sbb tu orang tanya.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. hihihi...lama-lama lg nmpk la muka omak ehhh...jgn risau!

    Salam Jumaat!

    ReplyDelete
  4. takpe...mulut org x boleh tutup
    syukur dpt anak sihat sempurna :)

    ReplyDelete
  5. Kakak rasa sebab Mimie nampak macam budak sekolah lagi
    Baguslah nampak remaja lagi walhal dah ada cik Zahra mengepit hihi...

    ReplyDelete
  6. positif je mimie
    hihi
    mmg zahra anak daddy.
    iras daddy

    org kata anak pempuan ikut muka ayah sejuk

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Dorang tengok muka omaknya muda,biasalah itu mimie
    lama2 nanti ada muka mimie jugak

    mcm alisya ramai dok kata muka baba dia,tak ada rupa muka azie pasrah jap hihi
    anak perempuan ikut muka ayah sejuk katanya hihi

    ReplyDelete
  9. Assalam sya,
    jangan sedeh2 naaaa
    sejuk tau anak pompuan ikut muka ayah he3

    ReplyDelete
  10. ok ape...mesti orang ingat mimie tak kawin lagi :p

    ReplyDelete
  11. muka mimie bebudak sangatttt. hehe

    anyway, cantiklah blog sekarang. lebih kemas :)

    ReplyDelete
  12. entah kenapa orang kata kalau anak perempuan ikut muka ayah, sejuk je
    tapi akak ikut muka arwah mak
    alhamdulillah, abah dan mak dulu sejuk je.
    cute la zahra
    maknya pun cute gaks :)

    ReplyDelete
  13. X pe..kecik lagi..nanti dah besar mesti sama..mcm anak sedara sy,kecil x muka mak langsung.bila dah besar sama muka mcm ibu dia..adik dia lg hebat,x muka ayah,x muka ibu.tp sama muka pak cik dia..yg jauh terus beza..haha Skrg baru lah nampak sama sikit mcm ibu dia..

    ReplyDelete