CPUV Merundum

Sunday 29 March 2015

Assalamualaikum.. Hai.. 

Sejak ada zahra, mood nak berblog habis kelaut. Tu tak boleh kata apa la kan. Nak nak pula kalau nak update kena buka laptop. Kalau dah ngadap laptop, confirm la ambik masa. Anak lagi penting untuk diutamakan,kan..

Kalau kat ipoh atau kat umah mil boleh lagi la update pakai fon sebab ada wifi.. Haiii la masa.. Bila la dapat balik ipoh. Boleh la nanti update laju laju. Zahra kasi opah jaga.... Kekekeke..





Sejak dari kurang update ni, nuff pun kadang saya kurang buka. Sebab saya tahu, duit mesti tak 'berapa' nak masuk. Kawan datang berkunjung pun kurang. Yela.. Kita bukan blog retis kan yang super duper hot orang nak terjah 24jam kan. Betul dak??

Tapiiiii.. Haaaa, janganlah nak mengeluh.. Kita berblog bukan kerana duit semata mata kan?? Kena berbalik balik pada niat masa mula mula on blog dulu. -nak kongsi cerita sebagai sebuah diari dan niat suka menulis-

Alhamdulillah.. Sekarang saya sematkan niat macam tu. Dulu masa on blog saya masih belum berkahwin. Ehhh, belum bertunang lagi. So niat sekarang share pun banyak tentang zahra. Yela, kalau nak ingat semua perkara dalam 1 masa mana nak ingat oiiiii..

Nak nak sejak dah beranak ni. Kadang ada je benda terlupa. Maklumlah ada urat dah putus kan. So dengan blog ni boleh la semak balik kisah pembesaran anak ni,kan.. Ni baru sorang. Kut nanti 2-3 orang mampu nak ingat?? Haha..

Okay la.. Sebelum tu saya nak minta maaf sangat. Berbulan bulan kut tak terjah blog orang. Tunggu saya balik ipoh nanti ya. Saya pulun balas jejak sampai muntah. Hihihihi..

*mekasih sebab sudi baca luahan panjang berjela ni* 😍

12 comments

  1. kalau sis tak masyuk, saya lagi laa :"( hehehe

    ReplyDelete
  2. takpe, take your time...zahra dalam proses membesar tu

    ReplyDelete
  3. Blog adalah satu2nya tempat aida tempek kisah anak2 bertiga tu. Dgn blog, 1001 memori kita boleh rekod dgn perkataan dan gambar...

    ReplyDelete
  4. berblog sekadar suka2 kan... takde apa nk dikejar pun kan... rezeki nuff tu sbg satu bonus dlm berblog...

    ReplyDelete
  5. kite pun jrg update skang..nuff pun malu2 nak singgah..hiihiyg ptg anak kan

    ReplyDelete
  6. samalah dgn azie,jrg2 nk buka nuff.blog pun jarang nak update

    ReplyDelete
  7. Sya pun sama lah,langsung x buka nuffnang tu.. malas nak tgk, tau dah mmg x de apa..hehe.. tp sbb bukan nak cari duit, so x rasa apa pun..

    ReplyDelete
  8. Cik mah pun jarang buka..tp alhamdulillah rezeki ada...slalu free2 taip then schedule...masih sygkan blog...cuma bw bila betul2 free

    ReplyDelete
  9. Assalam sya,
    chaiyok3
    go2 mommy power he3

    ReplyDelete
  10. Singgah sini..takpe,kira banyak gak la CPUV tu..yang penting kepuasan berblog kan?;)

    ReplyDelete
  11. macam mana nak kasi cpuv tinggi ek? kena selalu update blog ke?

    ReplyDelete