Kena ‘Tegur’ Ke?

Tuesday 16 December 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Oohh ya.. ni cerita minggu lepas. Hari jumaat dan sabtu. (12-13/12/2014). Kisahnya Zahra menangis. Kuat sesangat. Nangis macam takut takut. Kisahnya hari jumaat tu kena petang. Dalam pukul 4 lebih camtu. Around 4setengah petang. Jenuh pujuk. Merajuk ke??? Confius dah ni. bagi susu xnak. Masuk buai kasi tido taknak. Berdukung pun still nangis. Haaaaaaa.. sudah… pening saya dibuatnya.

Last-last masak air, bagi Zahra mandi. Tu pun still nangis. Makin kuat. Last last dah siap pakaikan baju sume, paksa juga suh susu then sambil peluk dia pujuk suh tido. Alhamdulillah mau juga. Fuhhhhh, lega.

Malam hari jumaat bila dapat tido lena.

Hari sabtu pula kena malam. Dalam pujuk 8. Ya Allah.. lagi sekali kena. Memang tak tentu arah saya dibuatnya. Nak pujuk dah tak terpujuk dah. Tak jalan dah pujukan saya. Suami dah senyap dah. Saya pula masa tu dengan tak makan lagi. Tiba tiba rasa sesak dada macam mengah kuat sangat, pening, sume ada. Syukur sangat masih kuat nak handle Zahra masa tu.

Lama juga dia menangis masa tu. Dalam setengah jam kut. Ke 45minit camtu. Mula mula nangis kuat.. bila dan setengah jam baru slow sikit. Dia ngantuk pun iye juga. Tapi tak boleh nak lena. Bila saya sapu muka dia dengan air yang dah dibaca-baca, makin kuat nangisnya. Meremang 1 badan saya dibuatnya. Dah la malam. Rasa nak give up pun ada. Rasa nak lari balik segamat pun ada. Huaaa… T_____T

Bila dah slow sikit, suami baca yassin, Alhamdulillah lega akhirnya dia dapat lelap. Dengan cara paksa dia menyusu. Fuhhh, lembik longlai rasa badan. Menggeletar badan dibuatnya. Yela tak makan punya pasal kan. Dah la baby BF. Masa dia nangis tu macam mengigil juga tangan dia. mungkin sebab nangis kuat kut. Ke sebenarnya dia takut?

Dan hari ahadnya, sebelah petang masa mandi, saya campurkan air mandiannya dengan sedikit air safaran. Sebagai usaha. Itu je yang mampu saya buat. Alhamdulillah, dia dapat tido dengan lena. Malam tu pun takde nak terjaga menyusu ke apa. Tapi saya tetap juga la berjaga-jaga. Risau dia senyap je kang jadi pape pula.

Masa di Ipoh pernah juga kena. masa tu hari ke 44 & 45 berpantang. Masa hari ke 45 tu bawa dia berjumpa dengan seorang atuk ni. Minta air penawar. Kata atuk tu memang ada yang tegur dia. dok agah-agah dia. sebab tu dia takut, tido terkejut terkejut. bila balik sini jadi camtu, saya syak macam tu la. sebab situasinya sama.

Allah.. risau bila jadi camtu family jauh. Saya nak tanya akak akak ke adik-adik ke mak mak kat sini, sapa yang pernah jadi camni kat anak kecik ke anak sedara ke mana-mana baby, korang buat macam mana? Boleh tolong bagi cadangan.


14 comments

  1. Masa habis pantang anak sulong kat kg dan balik semula ke rumah anak menangis lama juga. Lps buka bacaan ayat ruqyah di laptop anak kembali tenang.

    Ada satu ketika otw nk balik rumah dari kg, anak sekali lg kena. Lps tu call ustaz dan dia bacakan ayat quran nk halau benda.

    Benda tu ikut anak masa kami berhenti solat di masjid.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Pernah gak alami benda ni masa jaga adik saya dulu masa dia baby. Menangis tak henti2 dan makin lama makin kuat. Penyelesaiannya kena panggil ustaz untuk tgk apa yg tak kena. Terus adik ok.

    ReplyDelete
  3. Pasang ayat ruqyah ye mimie.. kita Azra awal2 dulu selalu juga nangis x tentu.. pasang ayat ruqyah ok :)
    lagi satu cek.. takut2 kembung, angin, tu yang kadang x nak susu ye..
    kadang kita ni fikir macam2, rupanya baby x selesa.. panas pun kadang buat dia menangis..

    insyaAllah Zahrah good girl .. geng Azra ni

    ReplyDelete
  4. arissa anak sedara pernah nangis mcm takut2.. time tu singgah umh kwn kejap.. arissa dlm kete mama dia lepas tu kwn datang tegur la nk pegang arissa dia tak mau nangis.. ingat nangis kejap je rupanya sepanjang jalan dia nangis meraung2 pelik pun ada.. kzaza pasang surah apa lupa dah kt hp. alhamdulillah terus senyap.. kami mmg tak syak apa2..rupanya dalam 2 bln gitu kwn bgitau ada 'benda' singgah kat tubuh dia.. dia pun tak tau sebelum ni.. detik hati kami owhhh patut la arissa menangis time tu.
    *In Shaa Allah, Zahra tak de apa2 tu..

    ReplyDelete
  5. Thaqif pun penah nangis tak semena-mena kuat siap teresak-esak lagi nangisnya. kite pujuk2, peluk, zikir2...lelama dia okey

    ReplyDelete
  6. Mimie cuba amalkan ayat ruqyah. Paling mudah cuba cara ini - ambil minyak masak, ambil bawang merah yg kecil sebiji, ambil daun garuda (tahu tak daun garuda - google - busuk daunya). Ramas-ramas. Bila baby menangis selawat, baca qyat qursi sapukan minyak itu. Moga dpt berlindung dari syaiton..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. ada kawan dia buat minyak guna daun garuda tu. alhamdulillah berkesan kat anak dia. saya guna bawang putih + lada hitam. mak siap bacanya ayat2 skli..

      Delete
  7. biasa la tu mimi.. caranya ada beberapa artikel sy kongsikn di blog juga.. boleh la cari cara mengatasinya...

    ReplyDelete
  8. Lya blm pernh da pglmn situasi mcm ni, lya baca kisah mcm seram dah trasa..baby kan memg mudah trkena..sntiasa brwaspada ya mimie

    ReplyDelete
  9. Klau mcm tu..mimie pasangkan yasin..bnyk2 zikir kan die masa nk tdo n bgn tdo ye...

    ReplyDelete
  10. Baca Al-Fatihah, Ayat 3Qul ... Insyaallah ...
    Mende2 camtu memang ada, tak dapat nak dinafikan ... Can Mimie buat mandikan tu pun betul, boleh buat lepas Asar, mulakan dari kaki, tangan, badan n last sekali kepala ... Insyaallah ... Wallahua'lam ...

    ReplyDelete
  11. Sya xpnh la jd mcm ni.. Tp sbb bby bukan jenis yg suka menangis, bila dia menangis lebih sikit tu terus aje try tenangkan pujuk peluk jalan² sambil bc surah².. Bc betul² kt telinga slow² sampai dia betul tenang..

    ReplyDelete
  12. mmg risau kan
    bby ciksu skrg ni sjk masuk 4 bulan, lps bf kita nak pisakan dia letak atas bntal.comfirm nangis. nangis sambil pejam mata.
    walaupon xlama ttap risau sbb malam kan.

    ReplyDelete