Anugerah Terindah

Monday 8 December 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Menjadi seorang ibu ni betul betul 1 anugerah terindah. Allah, nikmatnya Allah saja yang tahu macam mana perasaan tu. Seronok sesangat. Segala yang kita buat tentunya untuk anak. Baru saya tahu macam mana perasaan seorang emak bila anak berjauhan. Bila anak tak sihat. Bila anak terjadi sesuatu.

Macam sekarang ni saya masih dalam proses nak membiasakan diri dengan keadaan ni. Yela bukan mudahkan nak buat semua tu. Kadang Zahra menangis time saya tengah masak even dah lena tido, saya sanggup tutup api dapur, layan dia dulu. Memang la orang kata ‘jangan dilayan sangat anak tu, kang manja pula’.. tu memang betul. Tapi saya tak sanggup nak dengar dia nangis.

saat yang menenangkan jiwa bila lihat zahra lena


Bukan setakat bingit telinga dengar budak nangis, tapi kita pun nanti runsing sama. Pastu Zahra ni kalau nangis mesti sampai nak terbelahak macam nak tercekik sesuatu, sebab tu saya sanggup makan lewat tunggu dia ok dulu. Pernah 1 hari tu, pukul 8 malam baru dapat makan, baru dapat rehat. Takpelah, besar pahalanya kan bila kita berkorban demi anak ni.

Ada seorang kakak ni tempat kami bertukar cerita pasal anak, dia pernah cakap kat saya. Kisah ada seorang ibu ni masa di klinik anaknya nangis. Jenuh didodoi tapi anaknya tak mahu diam. Anak kecik lagi. Baby. Jadi mak pada kakak ni cakap jangan dimarah anak tu.. dia tak tahu apa-apa. Bukan senangkan kita nak lahirkan anak kita tu.. Allah.. sesungguhnya peringatan tu untuk saya juga bila dah ada anak ni.

Sebab tu bila Zahra nangis saya sanggup ketepikan semua perkara demi dia. Bukan nak manjakan anak, tapi kita nak dapatkan seorang zuriat tu bukan senang,kan? Betul tak? Ada sesetengah orang tu bertahun baru Allah beri rezeki. Walaupun saya tak tunggu lama, tapi saya sendiri dah rasa macam mana risaunya kalau tak dapat zuriat sendiri..

InsyaAllah.. Saya akan jaga amanah Allah ni sebaiknya. Saya berkata ni bukan sebab anak baru sorang dah over macam ni. tapi sebuah perkongsian yang saya rasa berguna sangat-sangat. Buat diri saya juga. Terima kasih kak ain sebab pernah cerita tentang ni.. J






11 comments

  1. mmg tak boleh biarkan anak menangis... nnt takut jadi penyakit lain... memang tggl keja kalau ank menangis.. cuma nak ni menangis ada la tu sbb dia,,,

    ReplyDelete
  2. Betullah... jaga sebaik dan semampu boleh
    Tapi kalau ikut keluarga kakak memang tak baik biarkan baby menangis lama, bimbang nanti jadi sawan tangis suka menangis

    Dah makin gebu pipi Zahra dah Mimie..

    ReplyDelete
  3. tiada galang gantinya anugerah ini.cukup indah

    ReplyDelete
  4. baby sampai lah umur ke 7 tahun kita perlu berikan sepenuh kasih sayang. Tapi dalam umur 3 ke 7 tu dah start ajar dah. apa perkara yang boleh dan tak boleh dibuat. hehehe
    sedapnya zahra tido

    ReplyDelete
  5. kesian la kalau baby nangis jek.. risau takut ade pape kan mimie.. ketepikan je dulu yg lain2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu alise.. zahra ni pernah kena 'ketegur'.. sebab tu la kalau dia nangis cepat2 pujuk.. risau..

      Delete
  6. betul tu
    thanks mimie berkongsi

    ReplyDelete
  7. Tak boleh bayang camne perasaan ada anak nanti hehe. Memang anugerah terindah la <333

    ReplyDelete
  8. Indahnya mnjdi seorg IBU, lgi2 tgk Ank mmbesar dpn mata kan

    ReplyDelete