Dugaan Apakah Ini???

Wednesday 30 July 2014

Assalamualaikum..

Salam 3syawal.. Kejap je dah 3syawal kan? Korang dah puas beraya?? Me? Biasa biasa je..

Alhamdulillah dapat beraya dengan mak even kejap. Dapat juga beraya dengan m.i.l.

Saat entry ni ditaip, terasa seperti diri diduga. Mata tak boleh nak lelap!! Bayangkan pukul 3 lebih ni segar bugar!!!!! Tapi rasanya boleh lelap kejap tadi.. Tapi tak sure berapa lama..

Dek kerana badan gatal gatal, tergaru sana sini terus x senang nak tido.. Tak pasti ni angkara nyamuk atau allergik makan daging.
T____________T

Degil. Dah tahu tak boleh makan, nak juga rasa.. Dah tu sup daging is my fav. Tak kan nak tengok je kan??? Kalau kerana nyamuk, kenapakah en.suami boleh lena diulit mimpi?????

Saat paling paling palinggggggg terduga, gusi dibelakang geraham bongsu sakit.
T__________T
Bengkak barangkali. Punca tidak dapat dikenalpasti.. Ya Allah.. Bertabah sajalah.. Apa yang patut dibuat bila diuji begini?? Kenapa gusi boleh bengkak??? Macam mana nak kasi elok?? Any idea?
Help me plissss..

Saat begini juga si kecik sangatlah aktif.. Baby teman mama ye sayang..
Hukhukhuk..

Bersabar je la.. Kuatkan je la hati saat menanti esok pagi!!

12 comments

  1. alahai.siannya.myb sbb dgg lettew.pi la klinik ye.. risau jga.kalau sbb alergik..

    ReplyDelete
  2. siannya sis:) kita pun gusi belakang bengkak. tapi ni dah ok :)

    ReplyDelete
  3. cian dekat ibu. takpe, ada anak temankan walaupun si ayah sudah lena diulit mimpi :D

    ReplyDelete
  4. Mimie pergila klinik. kena ubat gatal-gatal tu

    ReplyDelete
  5. better gi klinik.mimie...gusi bgkak memg skit..xlena tido

    ReplyDelete
  6. Aduhai mmg sakit lq kalau gusi bengkak... saya pakai ubat gigi halagel... bila sakit gigi, sakit gusi... saya berus gigi dgn perlahan dan lbh kerap... insyaAllah.. halagel tu sgt mujarab pada saya... cuba la try sya...

    ReplyDelete
  7. Huhuuu, banyak dugaan tu,
    Kita doakan semuanya baik-baik sahaja lepas ni..

    Selamat hari raya aidilfitri,
    Maaf zahir dan batinnnnnnn (:
    - ahsfantasy24.com

    ReplyDelete
  8. Tabahkan hati sis..

    ReplyDelete
  9. Sabar yer mimie...cian kt mimie..

    ReplyDelete
  10. Sabar yer mimie...cian kt mimie..

    ReplyDelete
  11. Dugaan yg akan jadi kenagan indah...

    ReplyDelete