Tempe Goreng Bersama Kacang Panjang

Sunday 1 June 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Harini kita share resepi lagi ye. Sejak jadi housewife ni, kerja utama mestilah masak. Karang tak masak, cik abng balik muka masam pula.. hehe

Harini share resepi simple je. Ni kira hentam je la masaknya, ikut bahan yang ada.

Bahan-bahan :

-          Kacang panjang
-          Tempe
-          Ikan bilis sedikit
-          Bawang merah (dihiris)
-          Bawang putih (dihiris)
-          Cili masak
-          Sedikit garam
-          Sedikit kicap
-          Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :

-          Goreng tempe dahulu sehingga garing. Sebaiknya tempe jangan dibasuh tau. Nanti lembik dan ianya takkan garing.
-          Bila garing angkat dan toskan minyaknya.
-          Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.
-          Bila garing, masukkan pula cili masak & garam secukup rasa.
-          Masukkan kacang panjang. Kacau sehingga masak dan masukkan sedikit kicap.
-          Akhir sekali masukkan pula tempe yang telah digoreng garing tadi. Kacau rata.

-          Siap J


6 comments