Selfie ke Selfish??

Thursday 12 June 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Sekarang ni orang khusyuk dok selfie kat sana sini kan? Tapi saya rasa start pregnant ni saya tak suka selfie.. mungkin lebih kepada selfish kut. Hahaha..

Bila semak-semak dalam fon, penuh gambar masakan/makanan je. Haha.. tak tahu la apa kes sekarang ni susah sangat nak bergambar. Jauh beza dengan perangai dulu. Kalau dulu, sikit sikit nak bergambar, sikit sikit nak bergambar. Walaupun gambar tu tak menarik, tetap nak ada.

Sekarang ni jangan harap la.. kadang fikir balik, time pregnant ni tak simpan gambar sangat pun. Nanti bila dah deliver mula la menyesalkan. Haha.. nangis la sapa suruh tak nak ambik gambar buat kenangan.

Kalau ada majlis BAKAT kat sini pun, saya rasa susah juga nak ambik gambar. At least sekeping pun jadilah buat buktikan? Ni tidak, tak heran pun. Haha..
Ohhhh baby.. hebatlah penangan awak ni.. sampai camtu sekali perubahan mummy awak ni..

Bak kata en.suami, kadang-kadang kita tak perlu menonjol sangat. Sebab selfie kan selalunya gambar ni lebihnya gambar diri sendiri, tapi kalau sekali sekala apa salahnya kan? Agak-agak bila la mood saya nak berselfie ni mai ehhh?? Haha

Tunggu baby lahir nanti kita ajak dia berselfie la ehhh.. sebab dia la mummy dia sekarang tak heran dengan gambar-gambar ni.. haha.. very the poyo punya cerita ni.. xpelah.. tu la penangannya pembawakan budak ni kan..

Dulu kita suka buat sesuatu tu, bila pregnant ni, perkara tu tak berapa suka.. erm.. nanti saya share cerita lain yang dulu saya suka, bila pregnant ni saya tak suka ye.. hehehe.. ;)



Yang penting saya tak selfish tau.. :p



11 comments

  1. hehe...macam akak pregnant anak pertama dulu..tak suke bergamba..pastu nyesal..hahahaha...

    ReplyDelete
  2. saya dulu masuk bulan baru mesti ada satu gambar hihihihi

    ReplyDelete
  3. haha..lain macam bakal mama ni :)

    ReplyDelete
  4. hebat sungguh penangan bawak budak ni ye...heee

    ReplyDelete
  5. akak pun tak berapa suka bergambar nie...

    ReplyDelete
  6. janji ada pat lima keping gambar pregnant..
    buat pengubat rindu kan. hihihi

    ReplyDelete
  7. ala mimi.. amik le gambo tgh preggy ni.. simpan buat kenangan.. nati baby nak tengok mana tau kan.. hi3

    ReplyDelete
  8. xpe mimie, mana tau nanti ada pula keinginan nak berselfie

    ReplyDelete
  9. mcm2 kan kalau pembawakkan budak nie.. mmg tak berpengalaman lagi tp yg Fiza selalu dengar kalau sebelum preggy kita suke, bila dah preggy jd tak minat..

    ReplyDelete
  10. Hehe... Mgkin juga pmbawakan kan... Xpe lpas bersalin cnfirm selfie je dgn ank nnt...

    ReplyDelete
  11. pembawakan budak tuh mimie

    ReplyDelete