SEPINTAS LALU KENANGAN 2012

Monday 31 December 2012


assalamualaikum..

autopublish!

harini sy nak coretkan sedikit tentang tentang segala kenangan pahit manis yang berlaku dalam tahun 2012 ni boleh? cerita sepintas lalu tentang semuanya, yang mana yang ingat dan mungkin boleh dikongsikan disini..

bermulanya pada 22 Januari 2012, saya sah menjadi tunangan orang.. syukur Alhamdulillah.. dari rentetan itu, bermulalah kehidupan sebagai tunangan orang.. tak banyak pun perubahan yang berlalu.. Cuma, apa yang kita ingin lakukan, kena fikir lebih mendalam tentang pasangan kita juga.. mungkin apa juga kesan bakal keluarga mertua.. Alhamdulillah, semuanya masih baik-baik saja..

bulan 2 juga, sy telah lakukan sedikit persiapan untuk berkahwin.. sebab kalau diikutkan pada perancangan, bulan 7 sy akan bergelar seorang isteri.. namum kuasa Allah Taala lebih besar.. pada awal bulan mac, sy diduga dengan sesuatu perkara yang tak pernah terlintas difikiran.

Pada 05 Mac 2012, sy mendapat tahu dari bakal adik ipar, en.tunang harus bertugas di Lubnan!! Sangat-sangat tak diduga oleh fikiran sy sendiri.. Bertugas di Lubnan?? Berkali-kali juga ulang perkataan Lubnan!.. Lubnan bukan Labuan!.

Awal bulan 3 tu, bila saya dapat tahu en.tunang harus bertugas dilubnan, seminggu sy tak boleh terima kenyataan.. bila sy ingat, pasti juga airmata mengalir tanpa dipinta. Seminggu sehingga 12 mac en.tunang harus menjalani latihan kelayakkan di bertugas disana. Pagi isnin  12 Mac 2012 tu, sy cuba terima kenyataan.

Bukan mudah untuk menerima sesuatu diluar dugaan kita kan. Dan pagi tu juga, saya yakinkan hati dan perasaan, en.tunang perlu bertugas untuk Negara. Dan en.tunang juga berkata begitu.. Alhamdulillah, lama-lama sy boleh terima dengan hati yang terbuka.

Jika kita telah memilihnya, maka kita sanggup menerima tugas yang dilakukan olehnya kan? Itu lah yang saya cuba memujuk hati.
Selepas en.tunang masuk latihan kelayakan selama 3 bulan tu, kami cuba habiskan masa bersama. Bukan berjumpa face to face, Cuma bila ada masa kami akan SMS & call selalu.. sesungguhnya Allah dah aturkan segala perjalanan itu dengan baik. Cuma kita saja yang tidak pasti tentang jalan itu kan?

Pada 03 April 2012 pula adik lelaki pertama saya konvo. Buat pertama kalinya dalam keluarga saya, adik konvo. Dah sah-sah kakak dorang ni takkan konvo. hehe

Selama 3bulan en.tunang menghabiskan masanya untuk menjalani latihan tersebut. Setelah selesai, dia diberi cuti lebih kurang 2 minggu untuk luangkan masa bersama keluarga dan menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan untuk dibawa disana.

Pada 02 julai 2012, dia datang berjumpa dengan family sy dan memberitahu tentang penangguhan kawin kami dan urusan bertugasnya di sana. 03 Julai 2012 pula, sy sempat luangkan masa bersamanya di Cameron highland. Pada 04 Julai 2012 pula berlaku sesuatu yang mengejutkan sy sendiri.

Ntah mana datang pakcik naik moto ni, boleh pula ter’eksident’ dengan sy. Menggigil juga sy sekejap disitu. Nasib en.tunang ada bersama. Pengalaman dalam drive yang menakutkan. 6tahun punyai lesen, ni la pertama kali terjadi!.. moga dimasa hadapan ianya takkan berulang.

Pada 05 julai pula, saya dan en.tunang bergerak ke Melaka. Rumah bakal M.I.L. Buat kali kedua saya ke sana. Dan berada disana selama 5hari. Agak kekok sikit pada mulanya sebab saya tak biasa dirumah orang. Even balik kampong sendiri.

Rutin yang berlaku seperti biasa. Terima kasih sangat-sangat dengan anak-anak sedara en.tunang 3 orang yang comel-comel tu sebab buat mkngah dia bahagia disana. Buat saya tak berapa kekok dirumah orang. J

Pandai mengambil hati. Terima kasih qila, kemal dan adik.. harap-harap awak bertiga kenal dengan mkngah lagi ye walaupun bakal mkngah awak ni tak jumpa awak selalu.

Pada 07 julai 2012, saya temankan en.tunang untuk ambik barang-barang dia di kem. Ambik beg baju, kelengkapan semua yang perlu dibawa ke sana dan yang perlu disimpan dirumah. Sekian lamanya rindu saya untuk masuk lagi ke kawasan kem, tercapai juga. Dulu masa saya kecik-kecik selalu ikut abah ke kem. Kini giliran bakal husband pula bawak saya ke sana. Hehehe..

Tak semena-mena juga menitik airmata bila tengok segala barang-barang yang dia dah kemas untuk bawa ke sana. Terdetik dihati, harini saya dapat bersama dengannya.. tapi lagi seminggu saya tak dapat nak luangkan masa dengannya macam ni lagi. Terima kasih en.tunang sebab tolong pujuk saya sebab pada mulanya sy dah kena marah dulu sebab menangis tiba-tiba depan dia..

Pada 08 Julai 2012 masih berada disana. (Melaka) kalau ikut perancangan awal, tarikh tersebut saya dan en.tunang bersanding di ipoh. Tapi perancang telah bertukar dan buat majlis tahlil dan kenduri doa selama di rumah bakal M.I.L.

Banyak juga pengalaman yang dapat selama disana. Dapat juga tengok orang kampong, jiran tetangga bergotong royong tuk majlis itu. Saya kan jarang sangat balik kampung, jadi selalu ketinggalan untuk tengok majlis macam tu. Akhirnya dirumah en.tunang saya rasai semua tu.

Selepas selesai majlis, petang tu kami berdua ke kem tentera kembali. Sebab ada barang en.tunang tertinggal..Suka sangat masuk kem lagi.. Tak tahu la kenapa saya ni suka sangat dengan dunia tentera. Dan saya juga pernah bercita-cita nak bertugas sebagai tentera, tapi saya tahu saya tak layak..hehe..

09 julai 2012, saya bergerak balik ke ipoh. Luangkan bersama with en.tunang lagi. Tapi dia terpaksa gerak balik awal pada hari yang sama sebab ada urusan mengejut nak diselesaikan. TQ en.tunang sebab boleh temankan sy lagi.

16 Julai 2012 en.tunang bergerak ke Lubnan. Sy dah boleh terima dia perlu bertugas disana. Cuma rasa risau tu ada juga dalam hati. Selama pemergiannya bertugas disana, saya iringi dengan doa. Moga diselamat pergi dan selamat kembali ke sini.
Selama dia bertugas disana, bermula la kehidupan kami dimana berhubung melalui FB dan skype.

Raya tahun ni rasa amat bermakna, kerana hari raya pertama saya dan family dapat beraya di rumah bakal M.I.L dapat berjumpa anak-anak sedaranya.dan paling mengejutkan, salah seorang ahli koperasi tempat saya bekerja ni mempunyai pertalian saudara dengan keluarga en.tunang.

Start bulan oktober pula, saya baru nak ada keberanian untuk berblogging. Baru berani nak join segmen yang ada. Alhamdulillah, lebih kurang 2 bulan aktif berblogging, follower saya juga meningkat. Dari seramai lebih kurang 30 orang, kini mencecah 5ratus lebih kawan yang ada. Terima kasih pada mereka yang sudi berkawan dengan saya.. :)

Pada 07 November 2012, adik lelaki kedua pula konvo di PICC. Buat pertama kalinya juga kami 1 family menjejakkan kaki di sana. Dengan tersesatnya. Hehe..

Dan pada bulan disember ni pula, 29hb dan 30hb, kami 1 family join family day di Pangkor Bayview Beach Resort. Erm, agak best juga la aktiviti disana, sangat-sangat happening. Buat kali pertamanya juga kami menjejakkan kaki disana. Ramai sangat pengunjung.

Paling best sebab dapat luangkan masa bersama family. Dan yang bestnya juga sebab percutian ni berlaku pada akhir bulan, akhir tahun.. so, kira boleh release tension. Hehe.. *tension la sangat kan*

Paling mengejutkan juga, dalam kami nak bercuti ke pangkor, dapat 1 lagi berita gembira yang mengejutkan. Adik lelaki sy yang pertama dapat tawaran untuk melaporkan diri di PUSASDA pada 01 Januari 2013 ni.

Mudah-mudahan dia akan buat yang terbaik dalam keluarga kami.. insyaAllah, bakal bertambah ahli tentera dalam family sy.. amin.

Sekian untuk perkongsian sepintas lalu tentang kenangan tahun 2012 saya. J
Saat entry ni terpublish, saya dah pun bergerak ke PD. Doakan juga buat adik saya, moga dia dapat hadapi semuanya dengan baik disana.. amin..

11 comments

  1. memang banyak kenangan ..
    saya suka baca..
    ^_^

    ReplyDelete
  2. wahhh,,. banyak nya kenangan.. ^^ hehe

    ReplyDelete
  3. :) didiey doakan yg terbaik utk mimie :)

    ReplyDelete
  4. hihihi taksangka 2012 dapat kenal akak

    ReplyDelete
  5. semoga Allah memudahkan urusanmu sahabat alam maya ku :)

    ReplyDelete
  6. banyak pengalaman 2012 kan...semoga ahrungi dgn tabah eh..:)

    ReplyDelete
  7. Semoga thaun 2013 bertambah - tambah kenangan manis :D

    ReplyDelete
  8. Selamat Tahun Baru kak..semoga tahun hadapan memberikan sinar yang tersinar2 lagi bersinar dalam hidup akak..hehe..Dan seronok dapat kenal akak dalam tahun 2012.

    ReplyDelete
  9. May Allah bless u sis :)

    btw selamat tahun baru 2013

    ReplyDelete
  10. wahhhhh,..
    ayat dalam entry niee..
    macamm ahli sastera.. hehhee
    Semoga hidup akak penuh kegembiraan kakk... :)

    ReplyDelete