Resepi : Rendang Ayam

Monday 3 October 2011

Bahan-bahannya :-
(anggaran masakan 1 ekor ayam)


bahan A :


5 biji bawang merah (agak-agak besarnya)
4 ulas bawang putih
sedikit lengkuas (agak-agak je la eh)
sedikit air


sedikit halia ( ditumbuk hingga lumat)
perahan santan
serai (lebih kurang 5 batang) (diketuk)
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
kerisik (ikut masing-masing nak banyak mana)
cili kisar
daun kunyit


Cara-caranya :-


bahan A tadi di blender terlebih dahulu..
masukkan ke dalam kuali..
masuk kan sedikit serbuk kunyit
masukkan cili kisar (ikut korang la nak pedas mana yerk)
masukkan ayam yang telah dipotong kecik
masukkan serai yang telah diketuk & halia yang telah ditumbuk lumat..
kacau bahan tadi sehingga rata..


Ooppss...jangan lupa on api dapur gas tu ye..kang x masak rendang tu..hehe..


step seterusnya masukkan santan..ikut korang la yerk..pndai-pndai la agak bnyak mana..
jangan lupa masukkan sedikit garam..
ok..biarkan ianya mendidih..
kacau bahan tersebut hingga nampak pecah minyak..


apabila hampir masak, masukkan daun kunyit yang di ricik halus..


ok..biarkan sehingga ia masak..


dan hasilnya seperti ini..








sekian sahaja untuk resepi kali ini..  :)

Post a Comment