SAPS Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar

Thursday 12 January 2017

SAPS Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.

SAPS Ibu Bapa? Apa itu SAPS? Rata-rata zaman sekarang ibu bapa perlu tahu apa itu SAPS. SAPS merupakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Rata-rata pada zaman sekarang, ibu bapa tidak perlu pening kepala untuk ke sekolah semata-mata untuk bertanyakan hal peperiksaan anak-anak. Ini kerana ramai ibu bapa kekangan masa untuk membuat begitu.

Bagi ibu bapa yang bekerja, SAPS ini sangat memudahkan urusan mereka. Ini kerana, walaupun mereka bekerja, mereka masih boleh memantau prestasi pendidikan anak mereka. Peperiksaan merupakan salah satu cara untuk melihat prestasi pendidikan anak-anak berada di tahap yang mana.


Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!

Kadang kala ibu bapa ada yang terlepas pandang soal pembelajaran anak-anak. Bagi mereka, bila mereka telah ke sekolah, segalanya dalam keadaan yang terkawal. Namun, masih ingatkah ibu bapa sekelian, bila agaknya kali terakhir anda berdua duduk berbincang bersama mengenai pendidikan anak-anak? Mungkin ada diantara ibu bapa sendiri tidak perasan, mereka telah lama tidak memantau pendidikan anak-anak mereka.

Mungkin suatu ketika dulu, tetapi tidak pada sekarang. Diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sistem "SAPS Ibu Bapa" ini adalah bertujuan untuk memudahkan ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah. SAPS ini boleh digunapakai oleh ibubapa untuk memantau tahap pendidikan anak mereka dari darjah 1 sehingga ke tingkatan 5.

Pada suatu ketika dahulu, ibubapa perlu hadir ke sekolah semata-mata untuk melihat atau membuat semakan tentang kedudukan pembelajaran anak-anak. Adakala ia amat merumitkan keadaan. Kini, segalanya dihujung jari. Semak Keputusan SAPS ibu bapa ini ramai yang menyokong sistem ini kerana ianya mudah, cepat dan pantas.

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk membuat semakan secara online, boleh membuat semakan di sini >> SAPS Ibu Bapa << Ibu bapa digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah.



Saps Semakan Ibu Bapa ini amat memudahkan kerana selain dari keputusan peperiksaan darjah 1 hingga ke tingkatan 5, ianya juga ada membolehkan ibubapa membuat semakan untuk UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Apabila sistem ini telah banyak membantu memudahkan urusan ibubapa dari segi memantau pendidikan anak-anak, ibubapa seharusnya tidak akan terlepas pandang lagi untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan atau pembelajaran anak-anak. Dan sistem ini juga bagus kerana, tiada lagi alasan untuk anak-anak menyorokkan rekod keputusan peperiksaan, malahan ibubapa dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Diharapkan, dengan adanya perkongsian ini, saps ibu bapa online ini, ianya dapat dihebahkan agar dapat membantu para ibu bapa yang lain.


4 comments

  1. Haa akak ju da start guna sistem ni, smua mudah je di hujung jari =D

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman sekolah, member semua sibuk nak bukak saps lepas exam, hehehe.


    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete