Berniaga Memang Seronok.. Tetapi..

Saturday 22 October 2016

Berniaga Memang Seronok.. Tetapi..


Assalamualaikum..

Hai.. Sorry harini nak buat entry bebelan sikit.. sikit je la tau.. Rasa macam nak juga luah kat sini.. Bukan la nak cakap kita ni cerewet ke apa, tapi rasanya tak salah pun nak luah. Tapi takde la nak mintak sesiapa yang baca ni kecam ke apa. Yela, sekadar nak bercerita je..

Zaman sekarang ni ramai je orang buat bisnes kan? Kalau bukan sebab minat, tapi rasanya memang seseorang tu kena ada side income. Nak-nak kalau dah pernah bekerja, tiba-tiba tak bekerja. Selalunya surirumah la. Bukan la maksudnya suami tak boleh nak tanggung hidup ke apa, tapi nak kan kepuasan diri. At least lepas untuk diri sendiri pun jadilah kan. Lepaslah nak beli jajan anak orang kata.

Sekarang ni memang saya sepenuhnya menjadi dropshipper. Alaa, mesti ramai yang tahu dropship tu apa kan? Kenapa nak bisnes just dropship je.. Tak buat bisnes sendiri. Kadang-kadang soalan tu orang duk tanya. Kadang-kadang blur juga nak cakap macam mana.


Yela, nak buat bisnes sendiri ni kan perlukan modal yang besar. Lagi 1 risiko yang bakal dihadapi. Bukanlah maksudnya buat dropship ni takde risiko, cuma risikonya taklah besar macam ada stok sendiri. Nak-nak kalau buat bisnes sendiri ni, kita tak tahu akan dapat sambutan ke tak.

Jadi dropship ni pun best sebenarnya. Cuma perlukan kesabaran je la. Nak-nak bila berhadapan dengan customer. Memang la orang selalu kata, 'customer is always right'.. Tapi rasanya macam takleh nak guna pakai sangat dah sekarang ni.. 

Sorry sangat kalau ada orang tak suka apa yang saya coretkan kat sini. Kadang-kadang saya ni pun membeli online juga dengan orang. Tapi rasanya takdelah nak cerewet kuasa dua,kuasa tiga, atau rasa macam berkuasa sangat. Tapi saya selalu sangat dapat customer yang cerewetnya ya Allah.. macam-macam ragam. Sampai satu tahap rasa macam malasssssss sangat nak layan. Tapi pikir maybe dia 'bakal customer', so layankanlah juga..

Pernah 1 tahap dapat customer yang very very very fussy ni, setelah kita layan bagai nak rak, dia punya push nak tahu stock, setelah dah bagitahu stok ada, boleh pula last-last ' Terima Kasih sebab sudi layan saya'.. Ya Allah, kalau korang, apa korang rasa???
Kalau cerita kat ddy zara, dia pernah cakap, kalau customer ni cerewet sampai merepek-repek, belinya tak pun, better jangan dilayan. Tapi bagi saya, tak boleh nak macam tu, sebab ada sesetengah orang cerewet-cerewet pun akhirnya membeli juga.

Pernah juga ada yang minta harga kurang, sampai kita yang kena backup harga pada supplier. Pernah ada yang bayar tak cukup, dengan alasan mesin ATM tak boleh masuk duit RM1.. Sejujurnya, sekiranya bayar lebih, saya akan pulangkan baki. Memanglah orang kata, ni la cabarannya berniaga, Tapi sampai satu tahap, janganlah cerewet sampai tahap tu.

Saya ni taklah kejam sampai nak block bakal customer, tapi kalau boleh, janganlah di antara kita bersikap macam tu. Siapa pun kita sebagai pembeli, jangan macam tu. Mungkin sesetengah orang suka menguji 'penjual', tapi kita kena pikir, 'penjual' melayan dengan baik sebab tu la salah satu sumber pendapatan buatnya.


Dan lagi satu, selalu saya kena, harini push tanyakan stok, bila bagitahu ada, terusssss menyepi. Pernah ada customer nak kan kain pasang, katanya nak bayar hari jumaat, dan sehingga harini, dah setahun berlalu, saya pun tak tahu berapa kali jumaat dah ditempuh, terus senyap. T_______T

Sebab tu saya tak dapat nak booked. Kecuali ada sesetengah supplier je beri keizinan untuk booking. Tapi payment perlu diperjelaskan dalam tempoh 24jam sahaja. Saya harap sangat, sesiapun di antara kita, bila membeli secara online, jadilah serius buyer. Supaya 'penjual' pun rasa seronok nak berurusan dengan kita sebagai pembeli. 

Then ada juga yang saja je survey harga dengan saya, tapi beli dengan orang lain. Ye, saya akui, saya tiada hak untuk memaksa orang membeli dengan kita, tapi kalau rasa-rasa kita nak membeli dengan orang lain, better kita survey dengan penjual tersebut. Bukan apa, kadang penjual ni susah payah kalut-kalut tanya stok, tup-tup terus awk senyap terus. 

Tak baik la kan buat macam tu. Then tanya banyak kali stok. Pastu senyap sampai 3-4hari. Then tanya balik stok, senyap 3-4 hari. Nak beli nya bila pun tak tahu. Kalau nak tanya stok, beli dengan orang lain, baik tanya seller tu terus. 

Bagi seorang penjual, setiap pertanyaan adalah harapan rezeki buat mereka. Please alert dan jangan hampakan perasaan orang. 


4 comments

  1. Penat dapat kastemer macma ni. Dorang cuma nak survey je dan akan beli kat seller yg harganya kurang seposen pun takpe, asalkan kurang..

    ReplyDelete
  2. "katanya nak bayar hari jumaat, dan sehingga harini, dah setahun berlalu, saya pun tak tahu berapa kali jumaat dah ditempuh" sorry sis, saya tak tahan, terus gelak kat ayat nih

    sis, harap bersabar ye

    saya pun serius buyer gak. alhamdulillah setakat ini, sbg pembeli, sy tak menipu dan sy pun tak pernah kena tipu dgn penjual

    ReplyDelete
  3. :)

    bila kita jadi dropshipper..baru kita tahu macam-macam perangai orang kan..kadang-kadang siap yang ajak borak bagai..tunggu gajila..nak kumpul duit nak beli barang anak tapi tak cukup...borak bla..blaa.bla...tapi bak kata awak la...berapa kali jumaat pon tak tentu lagi dorang nak bayar ke tak..

    saya macam dah serik nak jadi dropshipper...mungkin darah bisnes tak berapa nak ada... ;p

    ReplyDelete